Friday, April 30, 2010

Sarawak terima RM543 juta bagi projek berkaitan banjir dan sungai



Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah memperuntukkan sebanyak RM543 juta kepada Sarawak bagi menjalankan projek-projek berkaitan banjir dan sungai.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah anak Embas berkata, jumlah itu termasuk RM126.4 juta yang telah disalurkan menerusi Pakej Ransangan Ekonomi Kedua yang diluluskan pada Mac 2009 lalu.
“Pihak kementerian juga telah menyenaraikan banyak program yang menjangkau nilai RM2.25 bilion dan menunggu kelulusan daripada pihak Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 ini nanti.
“Program ini mencakupi usaha pengurangan kejadian banjir, pengindahan prasarana sungai-sungai, pengawalan muara dan pantai serta peningkatan aktiviti ekonomi dari segi pelancongan, penangkapan ikan dan pengangkutan air demi kesejahteraan rakyat selepas itu,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pesta Benak dan Stesen Pemerhatian Benak serta Pelancaran Buku Bergambar Sri Aman Mansang Maju oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bertempat di Stesen Pemerhatian Benak, Sri Aman hari ini.
Selain itu Uggah juga memaklumkan insentif kementerian dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia untuk mempertingkat tahap kualiti air sungai yang semakin tercemar menerusi perlaksanaan Program 1 Negeri 1 Sungai.
“Sungai Miri dalam negeri Sarawak terpilih bagi ini. Demi memastikan kejayaan perlaksanaan program terbabit maka kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak amatlah diharapkan,” menurut beliau.
Sementara itu sejumlah RM1.812 juta kata Uggah telah dibelanjakan oleh kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 bagi mengatasi masalah percemaran di Sungai Miri, Sarawak sebelum ini.
Kerajaan menurut beliau juga akan memperuntukan sejumlah RM3.1 juta untuk tahun ini tujuan yang sama disamping memohon sejumlah RM5 juta bagi meningkatkan lagi kualiti air di Sungai Miri menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 kelak.
“Justeru saya berharap agar permohonan peruntukan ini dapat diluluskan oleh pihak kerajaan bagi memastikan penduduk dapat memanfaatkan sepenuhnya bekalan air bersih di Sungai Miri selepas ini,” katanya.
Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk hajah Rohani Abdul Karim, para Menteri Muda Kabinet Kerajaan Negeri, para Ahli Dewan Undangan Negeri, para pegawai kerajaan, ketua kaum dan penduduk dalam bandar ini.
sumber:utusansriaman

Tuesday, April 6, 2010

Betong Idol platform belia majukan diri - Dato Sri Douglas Uggah




1.PENGHARGAAN...Uggah(kanan) menerima cenderahati daripada Richard (kiri) sambil disaksikan oleh Sigan, Paul dan Watson Bangau pada majlis berkenaan.

2.UNTUK ALBUM...(dari kiri) Richard, Wani (pemenang tempat ketiga), Azri (tempat kedua), Aliqs (Johan Betong Idol 2010), Datin Doreen, Dato Sri Douglas Uggah, Datu Romie Sigan dan Datin Grace (terlindung) bergambar kenangan sebaik sahaja tamat majlis berkenaan.

Betong, Isnin (5 April) - Golongan belia harus bijak mengambil peluang menerusi bakat yang ada pada diri disamping melengkapkan diri dengan lain-lain bidang kemahiran sebagai persediaan untuk menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar dalam era globalisasi ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah anak Embas berkata demikian ketika berucap merasmikan Malam Kemuncak Pencarain Bintang Betong Idol 2010 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong baru-baru ini.
“Program Betong Idol ini contohnya merupakan adalah merupakan sebuah aktiviti yang mampu menyediakan platform kepada golongan beliau bagi mengasah bakat disamping bergiat lebih aktif dalam bidang yang mereka diceburi.
“Malahan ia secara tidak langsung membolehkan para belia untuk menentukan hala tuju hidup masing-masing selepas ini begitu juga dengan lain-lain belia menerusi bakat sedia ada dalam diri sendiri,” katanya yang juga merupakan Timbalan Presiden SABERKAS Sarawak.
Selain itu aktiviti seperti Program Betong Idol ini kata Uggah juga akan dapat dijadikan sebagai platform kepada golongan belia yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian bagi menyemarakkan lagi industri seni suara tanah air selepas ini.
Tambah beliau, kini penyanyi berbakat bukan sahaja diminati oleh orang ramai malah turut memperoleh pendapatan lumayan ketika dijemput untuk mengadakan persembahan dalam mana-mana majlis rasmi atau aktiviti keramaian yang diadakan.
“Tidak hairanlah pada satu hari nanti ada terdapat para peserta Betong Idol yang akan berjaya menyertai program seperti Akedemi Fantasia.
“Dengan itu saya menyeru lebih banyak kerjasama antara SABERKAS Daerah Betong dengan Kelab Sukan dan Rekreasi BANKERS Betong dalam usaha penganjuran Betong Idol ini,” katanya.
Hadir sama ialah Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel, Timbalan Setiausaha Agung SABERKAS Negeri, Dato Paul Teo, Pengerusi SABERKAS Daerah Betong, Dr Richard Rapu, Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi BANKERS Betong, Philips Jabu dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri iaitu Watson Bangau anak Jonathan Renang dan Isik Utau.Seramai 12 orang finalis telah berentap merebut gelaran Betong Idol 2010, iaitu lima dari Betong, dua orang dari Manggut (Spaoh) dan masing-masing seorang dari Spaoh, Bungin, Saratok dan Sri Aman.
Antara tujuan penganjuran program Betong Idol ini adalah bagi menarik minat golongan belia untuk menceburi bidang kesenian dan kebudayaan sebagai satu platform kepada mereka untuk bergiat aktif dalam dunia hiburan dan seni suara tanah air selepas ini.
sumber:sriamannews

Sunday, April 4, 2010

Ubah pemikiran mulai sekarang -Isik
















AMANAT...Isik ketika sedang menyampaikan amanat pada majlis berkenaan dekat kelmarin.BETONG,

Rabu (31 Mac) – Rakyat harus mengubah pemikiran masing-masing sekirangnya ingin maju seiring dengan kepesatan pembangunan pada masa akan datang kata Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Isik Utau.Perubahan pemikiran rakyat kata beliau adalah mencakupi pandangan serta matlamat masing-masing terhadap hal ehwal pembangunan ekonomi semasa dalam diri masing-masing selepas ini.“Rakyat dari kawasan luar bandar misalannya boleh melibatkan diri dalam projek pembangunan tanah seperti penanaman sawit, getah dan lada yang diperkenalkan oleh kerajaan selama ini untuk mempertingkatkan pendapatan diri masing-masing.“Rakyat harus bijak memanfaatkan segala peluang yang disediakan terhadap mereka selepas ini. Jika tidak mereka akan ketinggalan dari segi pencapaian kemajuan berbanding lain-lain rakyat yang terlebih dahulu berbuat demikian berbanding mereka,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Program Mesra Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Betong bertempat di Rumah Meropie, Pasa Atas di Betong kelmarin.Dalam pada itu, Isik turut memuji langkah KEMAS dalam usaha untuk menggerak pemikiran rakyat disamping mempertengahkan pelbagai ilmu untuk dikongsi secara bersama mereka selama ini.“Usaha KEMAS adalah tepat pada masanya dalam usaha mengubah pradigma serta pemikiran rakyat untuk terus maju ke hadapan,” kata Isik.Hadir sama dalam majlis itu, Setiausaha Politik Menteri Sumber Asli, Dr Richard Rapu, Pegawai JASA Bahagian Betong, Penyelia Kanan KEMAS Betong, Norkursani Bujang, penyelia dan kakitangan KEMAS, tuai-tuai rumah dan penduduk setempat.
sumber : sriamannews..