Monday, February 22, 2010

Kerajaan pastikan 56 projek tebatan banjir berjalan lancar - Dato Sri Douglas Uggah Embas


YB DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS
Kerajaan akan memastikan agar pembinaan kesemua 56 buah projek tebatan banjir di negara ini dapat dilaksanakan dengan penuh lancar pada tahun ini demikian menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah anak Embas.Pembinaan projek tebatan banjir yang menelan kos bernilai RM1 bilion itu menurut Uggah dijangka akan memberi faedah terhadap 400,000 penduduk dalam negara ini apabila ia sudah siap kelak.“Ia merupakan salah satu usaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk mengurangkan masalah banjir yang sering melanda penduduk dalam negara ini.“Justeru dengan siapnya 56 buah projek terbabit pada masa akan datang maka diharap agar kesemua 400,000 penduduk di negara ini akan memperoleh manfaat daripadanya,” katanya.Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian ketika ditemui pemberita sebaik sahaja selesai Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Anthony Angkau, Menyalin Baru, Debak, Betong kelmarin.Selain itu Uggah turut memberitahu bahawa perlaksanaan projek tebatan banjir itu juga adalah merupakan salah satu daripada Kunci Penunjuk Prestasi atau KPI Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.“Pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah berjaya membina sejumlah 42 tebatan banjir dengan membabitkan kos perlaksanaan bernilai RM1.2 bilion pada tahun lepas.“Disamping memberi fokus terhadap projek pembinaan tebatan banjir, KPI ke-2 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ialah untuk memastikan kualiti udara yang baik di negara ini,” katanya.Beliau menambah bahawa pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menetapkan sasaran sebanyak 90 peratus daripada jumlah keseluruhan bilangan hari bagi tahun ini bebas daripada gejala jerebu.“Malahan pihak kementerian juga memberi tumpuan terhadap tahap kebersihan sungai di negara walaupun ia bukan sebahagian daripada KPI. Bagaimanapun saya berharap agar Sistem Tagang dapat diperluas untuk memulihara sungai dalam negeri ini,” katanya.
SUMBER :UTUSANSARAWAKCAWANGANSRIAMAN

Sunday, February 21, 2010

YB Dato Sri Douglas Uggah Embas kunjungi masyarakat Tionghua Debak



Oleh Hazemi (koresponden Debak/Spaoh)


Rakyat di Debak disaran agar terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan sahaja yang dapat memberi kemajuan dan pembangunan kepada rakyat, demikian kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Dato Sri Douglas Uggah Embas.
Menurut beliau, apa gunanya rakyat menyokong pihak pembangkang yang hanya pandai berkata tetapi tidak dapat melaksanakan apa yang dikata oleh mereka itu sendiri.
‘Rakyat harus pandai menilai mana yang baik dan buruknya sesuatu perkara, justeru itu teruslah memberi sokongan yang padu dan kuat kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk kesinambungan projek pembangunan yang berterusan.
Uggah yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian ketika berucap merasmikan dua majlis berbeza iaitu Program Pemimpin Bersama Rakyat anjuran JASA Betong dan Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Chung Hua Debak yang masing-masingnya diadakan di Rh Angkau, Menyalin dan Dewan Serbaguna SJK Chung Hua, Debak. Katanya, adalah terlalu rugi bagi rakyat untuk terus menyokong pihak pembangkang dan turut serta dalam kempen mereka yang cuba menabur fitnah kononnya kerajaan mengabaikan tanggungjwap mereka.
Jelasnya, sehingga kini pelbagai projek pemabngunan bukan sahaja kepada infrastruktur dan ekonomi rakyat tetapi bantuan pendidikan kepada anak-anak dan warga tua serta penduduk yang kurang mampu diberi perhatian dan telah dilaksanakan oleh kerajaan sambil menambah rakyat seharusnya bersyukur atas nikmat pembangunan yang dicapai.
‘Bekalan air bersih yang menjadi isu utama di sesetengah kawasan rumah panjang serta bekalan elektrik akan terus dilaksanakan secara berperingkat dan tidak lama lagi kemudahan tersebut akan terus dinikmati oleh rakyat dan segala masalah yang timbul akan terus diperbincangan diperingkat atasan, tambahnya.
Disamping itu, beliau juga menyarankan agar rakyat disini terus bersatu padu tanpa mengira perbezaan kaum dan agama dan gagasan 1 Malaysia yang diasaskan oleh Perdana Menteri menjadi teras utama kepada pengukuhan perpaduan kaum.
Dalam pada itu, Uggah berharap agar dalam pilihanraya yang akan datang, rakyat akan terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan BN dengan mendapat keputusan yang cemerlang, agenda politik pembangunan yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud akan terus terlaksana dan rakyat terus menikmati arus pembangunan.
Terdahulu Uggah telah menyumbangkan peruntukan RM 5,000 (makan malam), RM24,000 (Bina Pra Sekolah), RM10,000 (Tokong Cina, Debak) serta bantuan 58 buah rumah Cina kebun setiap satu buah bernilai RM 300, bersih sungai RM 2,000 beberapa buah rumah panjang i Ulu Rimbas dan JKKK masing-masingnya RM 2,000 (sumbangan bersama YB Robert Lawson Chuat). Manakala YB Dr Wahbi menyumbang RM5,000 (PIBG Chung Hua), RM 2,000 (makan malam) dan RM3,000 (Persatuan Tiong Hua, Debak)
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Datin Doreen Mayang (isteri Douglas), serta isteri Robert Lawson, Dr Richard Rapu (Setiausaha Politik Menteri Sumber Asli), Friday Belik (Pegawai Daerah Betong) Dr James Luing, Tony Malang (Ketua Pergerakan PEMUDA PBB N. 32 Bukit Saban), ketua-ketua jabatan kerajaan dan pemipin-pemimpin masyarakat.

YB Dato Sri Douglas Uggah Embas kunjungi masyarakat Tionghua Spaoh


Tradisi kunjung mengunjung harus dikekalkan dalam semua perayaan termasuk Tahun Baru Cina, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Dato Sri Douglas Uggah Embas.
Menurutnya, tradisi ini membuktikan bahawa semua kaum saling memahami tradisi masing-masing dengan semangat 1 Malaysia gagasan Perdana Menteri, rakyat Malaysia yang berbilang kaum harus mengekalkan semangat perpaduan.
Uggah yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian ketika berucap dalam majlis makan malam sempena perayaan ulang tahun ke-50 Persatuan Tiong Hua dan Tahun Baru Cina 2010 di SJK Chung Hua, Spaoh malam, semalam ( Khamis ).
Jelasnya,keunikan kaum di Malaysia ialah mereka dapat meraikan bersama-sama setiap perayaan seperti Tahun Baru, Krismas, Gawai dan Hari Raya. Katanya, ia membuktikan bahawa kita sefahaman dan memahami antara satu sama lain, sambil menyatakan tradisi kunjung mengunjung bukan sahaja untuk bergembira tetapi dapat merasai suasana setiap perayaan pelbagai kaum.
Jelasnya, semangat ini harus dikekalkan dari semasa kesemasa bukan sahaja pada musim perayaan. Tambahnya, perpaduan kaum harus disemai kerana ia dapat menjamin kesejahteraan negeri dan negara. ‘ Kita perlu membuktikan bahawa 1 Malaysia adalah untuk semua kaum. Jika kaum-kaum di negara kita tidak sefahaman mungkin akan berlaku pelbagai perkara yang tidak kita ingini, tegasnya.
Dalam pada itu, beliau memberi penghargaan kepada persatuan Tiong Hua Spaoh kerana berjaya menganjurkan majlis yang penuh gemilang ini. Katanya, tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi tidak mungkin dua majlis yang serentak ini dapat dilaksanakan. Oleh itu, beliau mahu agar persatu ini akan terus kukuh dan aktif demi untuk pembangunan dan kejayaan berterusan Persatuan Tiong Hua Spaoh sambil menambah persatuan Tiong Hua Debak dan Pusa perlu juga seiring untuk terus maju dan berjaya seperti apa yang dianjurkan pada malam ini, ujarnya.
Disamping itu, Uggah juga merakamkan penghargaan kepada kaum Cina yang turut serta memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya dan beliau berharap agar sokongan tersebut diteruskan demi untuk kesinambungan pembangunan berterusan.
Ugah yakin dengan semangat serta komitmen itu, setiap kali pilihanraya rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional.
Tentang masalah gangguan air bersih di Spaoh sejak kebelakangan ini, beliau berkata masalah tersebut telah diperbincangkan ke pihak atasan dan proses perlaksanaan untuk mengelakan gangguan berterusan akan dilaksanakan dalam masa terdekat sambil beliau telah memperuntukan sebanyak 75 unit tangki air muatan 400 gelen kepada masyarakat Cina disini.
Terdahulu, Uggah dan Lawson Chuat telah menyampaikan insentif UPSR 2009 kepada pelajar cemerlang, penyampaian ampau, cenderahati kepada mantan pengerusi Persatuan Tiong Hua dan pelbagai cenderahati lain dalam majlis tersebut.
Dalam majlis tersebut Uggah telah menyumbangkan peruntukan berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Tiong Hua Spaoh. Manakala Lawson Chuat telah menyumbang peruntukan untuk Persatuan Tiong Hua dan PIBG yang masing-masingnya berjumlah RM5,000. Untuk SJK Chung Hua, Uggah dan Lawson telah meluluskan RM20,000 untuk makmal komputer (pembelian peralatan dan baikpulih ) disamping menyumbang 5 buah kompter baru untuk kegunaan pelajar sekolah tersebut.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Ybg Datin Doreen,YB Robert Lawson Chuat ADUN Bukit Saban serta Isteri,En Friday Belik Pegawai Daerah Betong, Kapitan Goh Leng Thong, Dr Richard Rapu Setiausaha Politik, ketua-ketua jabatan kerajaan, ketua-ketua masyarakat.
Sumber:sarawaupdate

Wednesday, February 17, 2010

Betong mulakan inisiatif Program Peningkatan Kebolehan Pelajar

SERIUS...YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu (dua kanan) bersama
YB Dato Sri Douglas Uggah Embas (dua kiri), YB Robert Lawson Chuat (kiri sekali) dan Pemanca Kueh (kanan sekali) ketika menghadiri majlis berkenaan.

Tiga buah sekolah rendah dalam Bahagian Betong telah dipilih untuk menjayakan projek perintis Program Peningkatan Kebolehan Pelajar di kawasan Parlimen Betong dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar selepas ini.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang mengumumkan bahawa tiga buah sekolah terpilih ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Betong, Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Kadir dan SK Saint Augustine, Betong.
“Projek perintis ini dilancar setelah mengambilkira kepentingan pembangunan pendidikan untuk masa depan negara yang kini diletak sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA.
“Saya bersama Dato Sri Douglas Uggah Embas selaku Ahli Parlimen Betong telah mengambil inisiatif sendiri untuk memulakan projek perintis Program Peningkatan Kebolehan Pelajar di sini (Betong),” katanya.
Jabu yang Menteri Permodenan Pertanian berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra 1Malaysia bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2010 anjuran Persatuan Chung Hua di SJK Chung Hua, Betong malam tadi.
Selain itu katanya program itu nanti bakal melibatkan keperluan pakar pendidikan dalam meningkatkan kebolehan pelajar bagi beberapa jenis matapelajaran penting seperti Sains, Matematik, Bahasa Inggeris serta Bahasa Malaysia.
Justeru beliau bersama Uggah telah berjanji untuk mendapatkan dana berjumlah RM30,000 untuk membiayai Program Peningkatan Kebolehan Pelajar bagi bagi ketiga-tiga buah sekolah rendah yang telah terpilih untuk tujuan itu.
“Saya berharap agar Program Peningkatan Kebolehan Pelajar itu nanti akan mendapat sokongan dan kerjasama penuh daripada para guru, pelajar, pejabat pelajaran dan juga ibu bapa murid bagi sekolah yang terlibat.
“Sekiranya Program Peningkatan Kebolehan Pelajar ini berjaya maka ia secara tidak langsung akan diperluaskan ke lain-lain sekolah lain terutamanya bagi sekolah yang berprestasi rendah,” katanya.
Menteri Sumber Asli, Datuk Seri Douglas Uggah anak Embas, ADUN Bukit Saban, Robert Lawson Chuat dan Pengerusi Chung Hua Betong, Pemanca Kueh Tu Teck turut hadir sama bagi memeriahkan suasana sambutan Majlis Ramah Mesra 1Malaysia bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2010 anjuran Persatuan Chung Hua di Betong malam tadi.
sumber: utusansarawaksriaman

Tuesday, February 9, 2010

Zambry kekal Menteri Besar Perak


PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas Mahkamah Persekutuan selepas menolak permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi. Keputusan sebulat suara itu (5-0) dibacakan oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria. Selain Ariffin, keputusan menolak rayuan Mohammad Nizar itu disokong oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Dalam penghakiman itu, Mahkamah Persekutuan memutuskan antara lain Nizar hilang jawatan Menteri Besar Perak sebaik saja dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang Adun DAP keluar daripada parti masing-masing dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional. Ariffin berkata, tidak wujud dua Menteri Besar Perak ketika itu seperti yang didakwa Nizar kerana pelantikan Zambry dibuat selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, berpuashati dengan sokongan semua Adun BN dan tiga Adun Bebas yang memberi kepercayaan kepada Zambry sebagai Menteri Besar. Berhubung undi tidak percaya yang didakwa Mohammad Nizar perlu dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN), Ariffin berkata Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan penghakiman Mahkmah Rayuan sebelum ini bahawa sokongan boleh diperolehi tanpa perlu diadakan sidang DUN.
Katanya, begitu juga jika hari ini Mohammad Nizar mempunyai sokongan majoriti, beliau boleh mengadap Sultan Perak mengemukakan bukti mendapat sokongan untuk dilantik menjadi Menteri Besar. Panel hakim itu telah menangguhkan penghakimannya pada 5 November tahun lalu setelah selesai mendengar hujah peguam yang mewakili Dr Zambry dan Mohammad Nizar dalam kes berkenaan. Rayuan itu dibuat Mohammad Nizar dalam cubaan terakhirnya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada 4 Februari 2009 menitahkan Adun Pasir Panjang itu melepaskan jawatan selepas mendapati beliau tidak memperoleh majoriti dalam Dewan Undangan Negeri. Pada Mei tahun lalu, dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah mengikut perlembagaan.
sumber:bharian

Monday, February 8, 2010

Jabu cadangkan pusat pengumpulan hasil tani


Kerajaan bercadang untuk menubuhkan pusat pengumpulan hasil tani di Pusat Pertumbuhan Desa Layar, Betong selepas ini demikian menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang
Penubuhan pusat pengumpulan hasil tani ini menurut beliau bertujuan untuk membantu golongan petani menjual hasil tani masing-masing yang berpusat di Layar, Betong pada masa akan datang.
“Pusat pengumpulan yang bakal ditubuhkan itu kelak akan dikendalikan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Penubuhan pusat ini sekaligus dapat membantu para petani yang gagal menjual hasil tani masing-masing seperti buah, sayur-sayuran dan sebagainya sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Upacara Angkat Sumpah Perlantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Betong (MDB) bagi penggal 2010-2011 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Majlis Daerah Betong hari ini.
Selain itu kata Jabu pusat ini nanti akan membantu golongan tani untuk mengred,memproses, membungkus, memberi jenama dan seterusnya menjual bahan makanan tersebut,“Ada segelintir golongan petani yang enggan menanam pelbagai jenis buah-buhan dan sayur-sayuran selama ini kerana tidak tahu di mana hendak menjualnya apabila sudah terlalu banyak.
“Saya sedar ada segelintir golongan tani tidak berani berkecimpung dalam bidang ini kerana masalah pemasaran. Justeru pusat pengumpulan ini nanti dijangka mampu menyelesaikan masalah terbabit di masa akan datang,” kata beliau.
Jabu juga menambah bahawa pemilihan Pusat Pertumbuhan Desa Layar dianggap amat sesuai kerana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dibina berdekatan dengan pusat itu selepas ini.
Sementara itu seramai 24 ahli Majlis Daerah Betong yang diketuai pengerusinya Friday Belik telah mengangkat sumpah di hadapan Jabu pada majlis terbabit.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Haji Bolhassan bin Haji Di, ADUN Bukit Begunan, Robert Lawson Chuat dan ADUN Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, para jabatan dan ketua kaum di sini.

sumber :sarawakupdate

Penyokong PKR Betong sokong BN di Betong

SOKONG BN... Radin (kiri) menyerahkan surat Aku Janji kepada Isik ketika berlangsungnya upacara ringkas di Rumah Rehat Betong kelmarin

Seorang bekas ketua kaum dari Rumah Anji, Mupoh Baroh, Spak, Betong telah mengumumkan hasratnya untuk menyokong pihak Barisan Nasional (BN) setelah lebih 20 tahun bersama pembangkang.
Radin anak Bena, bekas Tuai Rumah Mupoh Baroh mengumumkan beliau keluar dari Parti KeAdilan Rakyat (PKR) kawasan N.31 Layar dalam satu upacara ringkas yang berlangsung di Rumah Rehat Betong.
Sambil mengumumkan perkara ini di hadapan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, beliau berjanji akan menyokong kerajaan BN pada pilihan raya negeri ini nanti.
Untuk membuktikan hasrat beliau menyertai BN selepas ini, Radin telah bertindak menyerahkan surat Aku Janji kepada Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri iaitu Isik Utau pada majlis itu.
“Saya akan memberikan sepenuh sokongan terhadap Datuk Patinggi Jabu selaku ADUN di sini (Layar) dan juga kepada Datuk Douglas Uggah Embas selaku Ahli Parlimen Betong menjelang pilihan raya akan datang.
“Terdapat banyak perubahan yang telah saya saksikan di Betong dan saya akan menyokong program pembangunan kerajaan demi kemajuan bersama,” katanya.
Senator Dato Sri Empiang Jabu juga turut hadir untuk menyaksikan upacara pengumuman keluar Radin daripada PKR kawasan N.31 Layar.
sumber :utusansarawak