Monday, March 29, 2010

PTK bakal transformasikan Sarawak


RASMI...Dato Sri Douglas Uggah (tengah) sambil diapit oleh YB Robert Lawson (dua kanan) dan tetamu jemputan khas yang lain ketika menyempurnakan upacara memotong kek sempena majlis itu hari ini.

DEBAK, Ahad (28 Mac) – Perlaksanaan Program Transformasi Kerajaan (PTK) dijangka mampu mengimbangi tahap pembangunan di antara Sarawak dengan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia selepas ini.Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah anak Embas berkata perlaksanaan PTK yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razaj juga tepat pada masanya untuk merapatkan lagi jurang pembangunan antara penduduk Bumiputera dan Bukan Bumiputera dalam negara ini.“Banyak faedah hasil dari program atau projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak sampai secara menyeluruh kepada penduduk khususnya Bumiputera sebelum ini.“Justeru PTK diperkenal untuk membolehkan jabatan dan agensi kerajaan bekerja lebih pantas berbanding had masa sebelumnya untuk melaksana dan menyelesaikan segala masalah pembangunan penduduk selepas ini,” katanya.Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau 2010 anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) dan Biro Wanita Babu Tengah dalam kawasan daerah kecil Debak, Betong hari ini.Selain itu pengenalan PTK menurut Uggah juga secara tidak langsung membuktikan bahawa pelaksanaan konsep 1Malaysia sebelum ini bukanlah hanya sekadar retorik politik oleh Najib.“PTK seperti mana juga seperti perlaksanaan KPI dan NKRA menunjukkan komitmen penuh Perdana Menteri dalam mewujudkan proses pembangunan lebih menyeluruh untuk semua penduduk berbilang kaum dalam negara ini selaras dengan perlaksanaan konsep 1Malaysia.“Ini adalah merupakan usaha gigih pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mempertingkatkan taraf hidup ke arah lebih tinggi bag semua penduduk dalam Malaysia pada masa akan datang,” katanya.Uggah menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM50,000 untuk menyelesaikan masalah tanah runtuh yang berlaku berhampiran dengan Rumah Panjang Babu Tengah, Debak sebelum itu.Beliau juga turut mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 untuk JKKK Rumah Jawat anak Danggat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat yang turut hadir pada majlis berkenaan juga mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada JKKK rumah panjang berkenaan.Hadir sama ialah Pegawai Daerah Betong, Friday Belik, Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Bahagian Betong, Wilson Entebang, Setiausaha Politik kepada Uggah iaitu Dr Richard Rapu,, Tuai Rumah Babu Tengah, Jawat Danggat, Pengerusi JKKK Babu Tengah, Jubin Alap, para pegawai kerajaan dan ketua kaum dari kawasan Betong.
sumber:utusan Sri Aman

Betong sambut ulangtahun ke 8 jadi bahagian





1.TERIMA KASIH...Luta (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Romie (kiri) ketika berlangsungnya kempen itu kelmarin.
2.MERIAH...Antara penduduk yang turun padang untuk menjayakan kempen Gotong-Royong di Bandar Betong kelmarin.
By Saleman Senin, Pejabat Pelajaran Daerah Betong

BETONG, Sabtu (27 Mac) – Sambutan ulang tahun Ke-8 Betong menjadi Bahagian Ke-11 dalam Sarawak menjadi cukup bermakna apabila sejumlah 450 orang penduduk turun padang untuk menjayakan Kempen Gotong Royong Membersih Bandar Betong bermula jam 7.30 pagi kelmarin.
Kesemua penduduk yang turun padang dalam program berkenaan adalah dari 41 buah jabatan kerajaan, pertubuhan, persatuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), kampung dan agensi yang ada dalam bahagian Betong terbabit.
Program anjuran Majlis Daerah Betong yang turut diserikan lagi dengan kehadiran kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong itu telah dirasmikan Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel.
Romie ketika berucap pada majlis berkenaan menjelaskan bahawa program terbabit bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana Sambutan Ulang Tahun ke-8 Betong menjadi Bahagian Ke-11 dalam negeri Sarawak.
“Sambutan telah diadakan pada setiap tahun semenjak gabungan daerah Betong dan Saratok diiktiraf oleh kerajaan menjadi Bahagian Ke-11 dalam negeri ini pada 26 Mac 2002.
“Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menjayakan sambutan. Justeru diharap agar penduduk Betong dapat menghargai nikmat pembangunan dan keamanan yang mereka kecapi semenjak lapan tahun yang lepas,” katanya.
Selain Romie juga menyeru kepada penduduk Betong untuk bersama-sama bagi menyumbang usaha ke arah pembangunan dan kesejahteraan Bandar Betong di masa akan datang.
Betong menurut beliau tidak lagi dianggap sebagai sebuah pekan sebaliknya telah diiktiraf sebagai sebuah bandar yang membangun menerusi hasil usaha kerajaan sebelum ini.
“Pembinaan kawasan rekreasi juga telan dirancang. Pembangunan kawasan bandar baru Betong akan lebih memberi tumpuan kepada kehadiran pelancong-pelancong dari luar untuk datang ke Betong.
“Pembangunan yang pesat di Bahagian Betong membuktikan bahawa kerajaan prihatin dalam merealisasikan visi ‘Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan’ selama ini,” katanya.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Setiausaha Majlis Daerah Betong, Anthony Luta. Pelbagai program telah dirancang oleh Pejabat Residen bersempena dengan sambutan berkenaan antaranya ialah Majlis Makan Malam di Dewan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan malam ini.

Saturday, March 27, 2010

Penduduk harus matang dan rasional -YB Robert Lawson Chuat



TANDA INGATAN...Robert Lawson Chuat (kiri) menerima cenderahati daripada Frida (kanan) ketika berlangsungnya program terbabit kelmarin.

BETONG, Rabu (24 Mac)– Penduduk harus berfikiran matang dan rasional dalam menghadapi arus gelombang kedua politik pembangunan di Sarawak selepas ini demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat.
Katanya perubahan iklim pembangunan masa kini menganjakkan satu perubahan transformasi minda dan idea yang menjurus kepada pencapaian kemajuan masa depan enduduk.
"Kita perlu melangkah maju ke hadapan dan lebih berani untuk meneruskan perubahan dalam usaha membentuk jati diri dan kematangan fikiran masing-masing sejajar dengan arus gelombang kedua politik pembangunan di Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Mesra Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Betong bertempat di Rumah Agam, Inar, Betong kelmarin.
Katanya, sekarang adalah masanya untuk rakyat menumpukan perhatian kepada konsep pencapaian diri dan pembangunan kawasan disamping mengubah paradigma ke arah yang lebih matang dan rasional.
“Kerajaan pada dasarnya telah banyak menyalurkan pelbagai projek pembangunan untuk rakyat bukan sahaja di kawasan bandar malah terhadap rakyat di kawasan luar bandar selama ini.
“Adalah cukup rugi sekiranya rakyat tidak mengambil kesempatan dari arus pembangunan tersebut yang akhirnya boleh membantut kemajuan hidup rakyat itu sendiri,” katanya.
Terdahulu, Lawson telah menyampaikan peruntukan berupa cek kepada beberapa buah jawatankuasa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta rumah panjang sekitar kawasan Rimbas Ulu, Betong.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Pegawai KEMAS Daerah Betong, Frida Suntik, Setiausaha Politik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dr Ricard Rapu, Penyelia-penyelia KEMAS Betong, para ketua jabatan kerajaan dan ketua kaum di kawasan Rimbas Ulu.
sumber :utusansarawaksriaman

Thursday, March 25, 2010

Taib umum rombakan Kabinet Sarawak

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan rombakan kecil Kabinet Sarawak yang menyaksikan kenaikan pangkat seorang menteri muda dan dua pelantikan baru, yang akan berkuatkuasa 2 April ini.Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, dinaikkan menjadi Menteri di Pejabat Ketua Menteri, yang akan menjaga bidang pendidikan, latihan dan pembangunan wanita.
Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kawa, Tan Joo Phoi, dilantik sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, yang akan membantu Ketua Menteri dalam isu alam sekitar. Manakala Datuk Amar Adenan Satem, yang pernah menjadi Menteri di peringkat Pusat dan negeri, kembali semula dengan dilantik sebagai Penasihat Khas Ketua Menteri, jawatan yang berstatus Menteri, dengan bidang tanggungjawab di bidang penerangan dan penyiaran.

sumber:beritaharian