Monday, May 7, 2012

Kerajaan Rancang, Rakyat Jayakan - Uggah






oleh : Hazemi Hj Entek
Debak : Kerajaan mahu persatuan dan pertubuhan-pertubuhan supaya bersatu dan saling bekerjasama antara satu dengan yang lain dalam usaha memupukan semangat muhibbah. 


Hanya melalui perpaduan serta kerjsama itu dapat menjayakan segala perancangan yang hendak dilaksanakan demi untuk mencapai kemajuan pembangunan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Dato Sri Douglas Uggah Embas.
 


Menurutnya, dalam usaha kita untuk mencapai kejayaan pembangunan yang lebih baik, kita perlu bersatu padu dan saling bersikap toleransi tanpa mengira peringkat umur. 



Kerajaan jelasnya, dari masa ke semasa merancang pelbagai program untuk dinikmati oleh rakyat agar mereka dapat hidup dalam aman dan sejahtera sambil menambah membuka banyak peluang pekerjaan untuk diisi.


Justeru itu, katanya lagi dalam usaha untuk mendapatkan peluang-peluang tersebut, rakyat seharusnya menggunakan pelbagai alternatif rangkaian laman sosial melalui internet disamping media-media massa seperti surat khabar. 'Kita perlu mempunyai fikiran yang terbuka dan perlu celik IT, ujarnya.
 


Katanya lagi, dunia hari ini semakin canggih dan amat memerlukan seseorang itu mahir dalam ilmu ICT. Untuk itu, dalam usaha merebut peluang tersebut, minda rakyat serta pemikiran mereka perlu berubah selaras dengan kehendak semasa.



Uggah dalam pada itu juga berkata, walaupun dunia sekarang ini begitu canggih, beliau berharap tidak ada anak-anak muda atau pengguna internet tidak menyalah gunakan setiap laman sosial seperti facebook, twiter dan sebagainya untuk kegiatan yang kurang berfaedah. 



Sebaliknya kemudahan tersebut digunakan untuk kerja-kerja yang memberi keuntungan disamping dapat menambah sumber pendapatan penggunanya, katanya.
 


Dalam pada itu juga, Uggah berkata rakyat seharusnya mensyukuri segala nikmat yang diperolehi hasil dari kepimpinan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. Rakyat harus mengekalkan perpaduan kaum dan saling mengamalkan semangat 1 Malaysia dalam usaha mengekalkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara.



Terdahulu, Uggah menyampaikan dua cek masing-masingnya berjumlah RM 10 ribu dan RM 400 ribu untuk jawatankuasa Gereja.
 

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah isteri Uggah, ADUN N32 Bukit Saban Robert Lawson Chuat, Setiausaha Politik Dr Richard Rapu, SAO Debak Dr James Luing, pengerusi penganjur LR. Tuai Rumah Edmund Ngumbang serta ketua-ketua jabatan kerajaan.
 


16 Keluarga Rumah Nyalu, Bangkit Rembai Akan Nikmati Bekalan Elektrik









oleh Hazemi Hj Entek

Spaoh : Kerajaan akan mempastikan agar rakyat di luar bandar dapat menikmati pembangunan yang sempurna.
Rakyat seharusnya tidak berfikiran negatif sehingga terpengaruh dengan sebarang dakyah pihak tertentu kononnya kerajaan mengabaikan nasib rakyat.

"Kerajaan sebenarnya telah lama merancang sesuatu projek untuk kepentingan rakyat", ujarnya.
Lambat atau cepatnya sesuatu projek itu bergantung kepada peruntukan, kata Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia, Dato Sri Douglas Uggah Embas ketika di temui koresponden Sarawak Update dalam  ke Rumah Nyalu, Bangkit Rembai hari ini.


Uggah yang juga Ahli Parlimen Betong berkata, projek bekalan elektrik akan dinikmati oleh penduduk di rumah panjang ini sebelum Gawai Dayak yang akan datang.
Sebanyak enam belas keluarga akan menikmati pembangunan bekalan tersebut.

Dalam pada itu, ketika ditemubual, Tuai Rumah Nyalu berkata, kami amat berterimaksih kepada pihak kerajaan khususnya Barisan Nasional (BN) kerana memberi projek tersebut yang selama ini dinanti-nantikan.

"Mudah-mudahan sebelum Gawai ini rumah kami akan terang benderang seperti orang-orang lain," ujarnya.

Sebelum ini Rumah Panjang ini terpaksa menggunakan pelita minyak tanah dan generator sebagai alternatif menerangi rumah mereka.

Uggah berharap agar rakyat akan terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) agar agenda politik pembangunan dapat diteruskan dengan jaya.

Terdahulu, Uggah serta rombongan telah mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua ranting PBB Kampung Spaoh bertempat di Bilik Gerakan GDW Kampung tersebut.
Pelbagai perkara telah di perbincangkan termasuk tumpuan kearah pembangunan Kampung Spaoh.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Menteri Muda Kebajikan merangkap ADUN N32 Bukit Saban En Robert Lawson Chuat, Setiausaha Politik Dr Richard Rapu, Setiausaha Sulit En James Digat serta Pegawai JASA Bahagian Betong En Tony Malang.