Isnin September 28, 2009
KUALA LUMPUR: Korban jalan raya yang dicatatkan dalam Ops Sikap ke-20 yang berakhir semalam berjumlah 261 orang sejak ia dilancarkan 13 Sept lepas.
Jumlah kematian yang dicatatkan itu bertambah berbanding Ops Sikap ke-17, yang diadakan sempena perayaan Aidilfitri tahun lepas, yang melaporkan 208 kematian.
Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata pada hari terakhir Ops Sikap ke-20 semalam, sebanyak 23 kematian direkodkan.
Pengguna motosikal masih mendahului jumlah senarai korban dengan 12 kematian, diikuti lapan pengguna kereta dan tiga melibatkan pejalan kaki, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Daripada 931 kemalangan yang berlaku semalam, jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 388 kes, diikuti jalan persekutuan (284), jalan negeri (152), lebuh raya (68) dan jalan-jalan lain (39 kes).
Dalam operasi semalam, sebanyak 9,826 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.
Ops Sikap ke-20 diadakan bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri. Ia membabitkan kira-kira 2,000 penguatkuasa termasuk polis, bomba dan ambulans. BERNAMA
SALAM BAHAGIA DAN SELAMAT MEMBACA
8 years ago
1 comment:
Salam, tetapi apa yang kita lihat ada pemandu dan penunggang yang macam pelesit tunjuk lagak di jalan raya, yang susah orang lain.
Di Indonesia, korban hari raya tahun ini melebih 500 orang dari lebih 200 juta penduduk, di Malaysia 261 terkorban dari lebih 20 juta penduduk. Jalan-jalan raya di Malaysia jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Indonesia, agaknya kerajaan tidak perlu buat jalan bagus-bagus supaya penggunanya sentiasa beringat.....
Post a Comment