Tuesday, May 18, 2010

Join Pertandingan Tandak di Betong 22 Mei ini


SRI AMAN, Sabtu – Pengemar Tandak Melayu dari sekitar Bahagian Betong dipelawa untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Tandak Melayu Sarawak bertempat di perkarangan Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong pada 22 dan 23 Mei ini nanti.Pertandingan Tandak Melayu Sarawak yang akan bermula pada jam 8 malam itu adalah merupakan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Hulu Betong.Jurucakap penganjur ketika dihubungi berkata tujuan utama Pertandingan Tandak Melayu Sarawak terbabit diadakan adalah untuk mencari peserta berbakat ke Pertandingan Tandak Terbuka Bahagian Betong pada bulan Julai ini nanti.“Ia merupakan julungkalinya JKKK Kampung Baru Hulu Betong dengan kerjasama penduduk kampung di sini menganjurkan Pertandingan Tandak Melayu Sarawak yang bertemakan Tandak 1Malaysia bermula 22 hingga 23 Mei kelak. Ia terbuka kepada semua penduduk Betong.“Justeru mereka yang berminat boleh mendapatkan borang dari Pengerusi JKKK Kampung Baru Hulu Betong, Wan Boehana Haji Wan Omar dengan menghubungi beliau di talian telefon 019-8667539,” katanya sambil bahawa sebanyak RM10 akan dikenakan terhadap satu penyertaan bagi pertandingan berkenaan.Selain itu katanya Pertandingan Tandak Melayu Sarawak ini nanti juga akan diserikan lagi dengan penganjuran beberapa buah aktiviti menarik di perkarangan Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong.Antaranya ialah Kempen Derma Darah, Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-Kanak Bawah 10 Tahun anjuran Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Kampung Baru Hulu Betong, cabutan tiket bertuah dan juga Gotong-Royong.“Turut diadakan juga bersempena dengan Pertandingan Tandak Melayu Sarawak ini nanti ialah Acara Autoshow. Mereka yang berminat boleh hadir pada masa itu nanti sekiranya mahu mengambil bahagian dalam acara Autoshow berkenaan,” menurut beliau.Pertandingan Peringkat Akhir Tandak Melayu Sarawak tambah beliau akan berlangsung bermula jam 8.30 malam pada 23 Mei. Orang ramai juga boleh menghubungi Ali Jalil di talian 013-8944126 sekiranya mahu membeli tiket untuk tujuan cabutan tiket bertuah.“Justeru pihak kami dengan berbesar hati menjemput penduduk untuk hadir beramai-ramai ke Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong bagi memeriahkan suasana penganjuran pertandingan itu kelak,” katanya.

No comments: