Tuesday, January 20, 2009

Berpuasa Jika Harga Barang Naik

Menjelang hari perayaan, harga barang akan naik. Mengapa? Tanyalah mereka yang suka sangat mencari "kesempatan dari kesempitan" orang.Bagi saya, golongan ini hanya memikirkan diri mereka sendiri dan akan sentiasa "menangguk di air yang keroh". Ini bukan budaya usahawan tetapi budaya penyangak.Mereka mengetahui orang ramai akan membeli banyak ketika hari perayaan, maka ketika itu mereka meletakkan harga setinggai "Gunung Kinabalu". Alasan? Pelbagai alasan diberikan untuk menghalalkan tindakan mereka.Antaranya, hari raya orang tidak menanam sayur. Hari raya, orang tidak turun ke laut. Hari raya permintaan banyak dan barang pun habis. Hari raya, ayam tidak bertelur? Macam-macam lagilah asalkan mereka mempunyai alasan.

No comments: