KUALA LUMPUR 19 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta para pelabur asing dan tempatan agar tidak merasa resah atau gelisah dengan kekuatan ekonomi negara ini. Jelas Timbalan Perdana Menteri, negara memiliki asas yang kukuh dengan lebihan dagangan yang sihat dan rezab antarabangsa yang mencecah RM316.8 bilion dan memastikan ekonomi negara berada dalam keadaan baik sepanjang tahun ini.
“November lepas, saya telah pun mengumumkan pakej rangsangan berjumlah RM7 bilion dan saya pernah memberitahu bahawa kita bersedia untuk mempertimbangkan pakej rangsangan baru bagi menggerakkan ekonomi negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran dua model kenderaan Chana Era yang dihasil dan dipasarkan secara kerjasama antara Changan Automobile Limited (Changan) dari negara China dan syarikat tempatan, Berjaya Corporation (Berjaya).
Hadir sama pada majlis itu ialah Duta Besar China, Liu Jian, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya, Tan Sri Vincent Tan, Pengarah Eksekutif Berjaya, Datuk Robin Tan dan Pengerusi Changan Berjaya Auto Sdn. Bhd., Datuk Amer Hamzah.
Najib berkata, kerajaan telah bersedia sepenuhnya dengan sebarang kemungkinan memandangkan negara pernah melalui krisis mata wang Asia beberapa tahun lalu yang mengajar negara ini beberapa perkara penting berhubung pengurusan ekonomi.
“Kami yakin Malaysia mampu melalui situasi yang terburuk dalam pergolakan ekonomi global kini,” katanya.
Tambah Najib, pengalaman lalu memperlihatkan bahawa Malaysia akan tampil lebih kuat dan lebih bersedia untuk sebarang kemungkinan lain pada masa hadapan.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pelabur agar tidak mengambil sebarang tindakan secara terburu-buru.
Beliau berkata, kerajaan berazam untuk mempertahankan industri automotif tempatan tetapi pada masa yang sama ingin menjadi pemain industri berkenaan pada peringkat serantau.
Katanya, Malaysia mempunyai keupayaan untuk menjadi gerbang industri automotif ASEAN yang menyediakan pasaran jualan dua juta unit kenderaan menjelang 2010.
“Syarikat-syarikat kenderaan yang berminat untuk menembusi pasaran ASEAN akan mendapati Malaysia sebagai gerbang yang ideal kerana kekuatan ekonomi dan hubungan baik dengan negara-negara ASEAN serta lokasi negara ini yang berada di tengah-tengah rantau berkenaan,” katanya.

* Petikan daripada Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment