Monday, February 23, 2009

JABU SAMPAIKAN CEK DIVIDEN SALCRA

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang hari ini menyerahkan sebanyak 1192 surat hakmilik tanah kepada 938 wakil dari kawasan Ladang Kelapa Sawit Roban Selatan, Roban Utara dan Saratok.Majlis anjuran Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dengan kerjasama Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) ini juga menyaksikan sejumlah RM731,902.41 pampasan yang dibayar kepada 112 orang yang melibatkan lima projek di Bahagian Betong.“Majlis ini membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah merampas tanah rakyat dan tanah akan dibayar seadilnya jika tanah tersebut diperlukan untuk tujuan pembangunan,”Katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah di Bahagian Betong dan Penyerahan Surat Hakmilik Tanah kepada peserta projek SALCRA di sini, pagi tadi.Sebaliknya, ujar beliau, rakyat harus sentiasa rasa bersyukur atas nikmat pembangunan yang diberikan oleh kerajaan dan juga hasil daripada mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan“Misalnya, penyerahan surat hakmilik tanah ini adalah bukti kerajaan tidak pernah mengambil tanah rakyat seperti yang telah didakwa oleh pihak pembangkang sebelum ini,” jelas beliau.Menurut Jabu, sejumlah RM52 juta dividen telah diagihkan kepada rakyat negeri ini yang melibatkan 18 estet pada tahun lepas.Tambah beliau, sejumlah RM14 juta dividen telah dibayar kepada peserta SALCRA dari Daerah Saratok/ Saribas.Beliau selaku Pengerusi SALCRA menambah seluas 29000 hektar tanah telah disukat bagi tujuan penanaman kelapa sawit di negeri ini.Jabu, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar juga berharap agar semua kaum di negeri ini bersatu hati dan bekerjasama untuk merealisasikan impian kerajaan dalam mencapai wawasan 2020.Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak mempercayai dakwaan pihak pembangkang yang menuduh kerajaan telah merampas tanah mereka.Turut hadir di majlis tersebut Timbalan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Jelaing Mersat, Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang dan Koperasi), Datuk Peter Nyarok Ak Enteri, Pengurus Besar SALCRA, Datu Vasco Sabat, ADUN N.33 Kalaka, Abdul Wahab Aziz dan Residen Bahagian Betong, Romie Sigan Daniel.

No comments: