Monday, February 16, 2009

RM5.3 Billion Untuk Program Tebatan Banjir, Uggah


Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5.3 bilion untuk membiayai pelaksanaan 163 projek tebatan banjir di seluruh negara dalam Rancangan Malaysia Ke-9, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas.Ini merupakan satu peningkatan yang ketara berbanding dengan peruntukan yang disediakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 sebanyak RM2.1 bilion dan RM890 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-7. Masing-masing meningkat sebanyak 152% dan 496% berbanding Rancangan Malaysia Ke-9. Pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Damansara ini terdiri daripada empat (4) komponen utama iaitu:(i) Pembinaan tiga (3) Kolam Takungan Banjir yang mempunyai kapasiti takungan sebanyak 2.6 juta meter padu.(ii) Kerja-kerja tebatan banjir seperti pembinaan benteng penahan banjir, pembinaan tembok konkrit dan pembinaan struktur kawalan di enam (6) kawasan kritikal.(iii) Pembinaan empat (4) buah rumah pam.(iv) Membuang halangan laluan air di bawah empat belas (14) buah jambatan.Uggah berkata projek ini adalah bukti keprihatinan Kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat."Projek ini akan memberi manfaat kepada 300,000 hingga 400,000 orang penduduk di Taman Perumahan TTDI Jaya, Kampung Melayu Kebun Bunga, Taman Mesra, Taman Perindustrian Saujana Indah, kawasan komersil Seksyen 13 Shah Alam dan kawasan-kawasan lain di sekitar di samping meningkatkan nilai hartanah serta kegiatan ekonomi setempat," terang beliau.Satu keunikan pada projek tebatan banjir ini di mana ia tidak lagi menggunakan kaedah-kaedah yang boleh merosakkan ekosistem sungai seperti pelebaran atau pelurusan sungai. Kaedah-kaedah yang digunakan ini adalah lebih mesra alam dengan pembinaan kolam-kolam takungan, benteng-benteng dan penggunaan pam.Bagi memastikan pengurusan dan pemuliharaan sungai yang lebih berkesan Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan beberapa pendekatan. Pertamanya, Majlis Sumber Air Negara Ke-4 (MSAN Ke-4) yang telah diadakan pada 20 Ogos 2008 telah bersetuju supaya semua Kerajaan Negeri mewartakan semua rizab sungai. Ini bertujuan bagi memastikan pembangunan di kawasan koridor sungai tidak membawa bencana seperti banjir, pencemaran air dan kemusnahan ekosistem semula jadi sungai.MSAN Ke-4 juga telah bersetuju untuk melaksanakan Program Ops Lumpur yang akan memastikan setiap aktiviti guna tanah tidak akan memberi kesan negatif kepada persekitaran dan juga sistem sungai yang berdekatan akibat daripada kesan pemendapan lumpur dan kelodak. Perkara ini memerlukan penglibatan beberapa agensi Kerajaan terutamanya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan-Kerajaan Negeri serta semua Pihak Berkuasa Tempatan.Pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar juga telah memperkenalkan kaedah saliran mesra alam. Penggunaan kaedah saliran mesra alam ini memberi penekanan kepada kawalan di punca (control at source) dalam semua projek-projek pembangunan tanah terutamanya kawasan perumahan, perindustrian dan komersial. Tujuan penggunaan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) ini adalah untuk mengawal kuantiti dan kualiti air larian dari sesuatu kawasan pembangunan supaya tidak memudaratkan sistem-sistem sungai. Dengan itu, secara tidak langsung masalah banjir akan dapat di atasi dan kualiti air sungai dapat dipelihara.Projek ini akan diberi nilai tambah terutamanya dalam menjadikan kawasan di sekitar kolam takungan ini sebagai kawasan rekreasi dan kemudahan awam untuk kegunaan orang ramai. Projek ini juga akan dapat memastikan bahawa kawasan di sekitar kolam takungan dan sungai terpelihara daripada pencerobohan dan pembangunan-pembangunan yang tidak dirancang yang boleh merosakkan ekosistem sungai.span

No comments: