Monday, August 24, 2009

ADUN LUNAS KELUAR PKR

News

ADUN LUNAS KELUAR PKR, LUNAS ASSEMBLYMAN QUIT PKR, here.Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh, keluar PKR dan menjadi wakil bebas.
Beliau yang juga EXCO Kedah menegaskan tindakannya itu kerana tidak lagi percaya dengan perjuangan PKR yang hanya mengutamakan kepentingan pemimpin tertinggi saja.
Dalam sidang media di Legend Hotel pagi ini, Mohd Radzhi mahu menjadi wakil bebas yang dapat memperjuangkan kepentingan rakyat dan tidak mahu menipu rakyat lagi.
“Jika dulu saya masuk Keadilan Nasional kerana percaya dengan perjuangan mereka tetapi kini saya keluar kerana PKR sudah lari daripada matlamat asas penubuhannya untuk membela nasib bangsa Melayu.”
Dalam sidang media itu, Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin atau Din Komando mengumumkan pembubaran bahagian itu kerana tidak yakin dengan kepemimpinan tertinggi PKR. Tindakan itu disokong oleh semua AJK Bahagian.
Menurutnya, mereka tidak dapat menunaikan janji kepada rakyat tetapi hanya pandai bermain politik sepanjang masa. “Mereka mahu mencapai agenda politik masing-masing tanpa menghiraukan nasib rakyat.”

sarawakupdate
Posted in News

No comments: