Monday, August 24, 2009

Debak nikmati projek bernilai RM1 juta

News

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia kini sedang melaksanakan beberapa projek yang bernilai kira-kira RM1juta di kawasan Debak, Betong.
Menterinya Datuk Douglas Uggah Embas semalam telah melawat semua projek berkenaan yang sedang dilaksanakan kini bagi memastikan ia berjalan lancar demi kepentingan rakyat.
Projek berkenaan meliputi pembersihan empat batang sungai iaitu Sungai Lubai, Sungai Babu, Sungai Traiee dan Sungai Bakong yang bernilai RM600 ribu serta projek longkang bagi mengatasi masalah banjir di Kampung Debak Laut yang bernilai kira-kira RM400 ribu keseluruhannya.
Lawatan itu turut disertai oleh Adun Bukit Saban, YB Robert Lawson Chuat serta pegawai-pegawai kerajaan Bahagian Betong lain yang berkaitan.
Sebelum itu pada sebelah paginnya Datuk Uggah telah mengadakan mesyuarat bersama-sama agensi kerajaan serta ketua-ketua kaum Debak di Pejabat Daerah Kecil Debak.

No comments: