Tuesday, November 10, 2009

Perpaduan ahli, mantapkan parti PBB, Uggah




Perpaduan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah amat penting bagi memastikan parti sentiasa kuat dan kukuh, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Dato Sri Douglas Uggah Embas.
Beliau yang juga Naib Kanan Presiden Parti berkata PBB adalah tunjang kepada kekuatan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sarawak, dengan itu parti perlu terus kuat dan relevan dalam memberikan khidmatnya kepada rakyat.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB N53 Kakus di Pejabat PBB Kakus, Tatau, Bintulu semalam.
Mesyuarat itu dihadiri oleh kira-kira 240 perwakilan yang didatangkan dari 10 Ranting PBB bagi Kawasan N53 Kakus, iaitu Ranting Sap, Kakus, Pekan Tatau, Tekalit, Ulu Anap, Tau, Nanga Muput, Ulu Arip, Bawang-Tau dan Kuala Arip.
Mesyuarat Perwakilan itu telah menyaksikan Dr Nuing ak Jeluing menang tanpa bertanding sebagai Ketua Cawangan Kakus yang baru mengantikan Dato Sri Douglas Uggah Embas yang kini adalah Ketua Cawangan PBB Engkilili, manakala Timbalan beliau juga muka baru iaitu Datu Adi Badiozaman Tuah yang juga menang tanpa bertanding.
Sayap pemuda PBB N53 Kakus masih mengekalkan Ambrose Jemut sebagai Ketua Pemuda dan sayap wanita pula mengekalkan Rohana Abdullah sebagai Ketua Wanita.
Pada mesyuarat ini PBB Cawangan Kakus sebulat suara mengemukakan usul supaya jawatan Presiden Parti, Timbalan Presiden, Naib Kanan Presiden dan Naib Presiden Parti tidak dipertandingkan pada Konvensyen PBB yang akan datang.
Pada majlis itu juga, Dato Sri Douglas Uggah telah menyampai peruntukan berjumlah RM48,000 bagi membersihkan sungai di Tatau dan Selangau, iaitu RM16, 000 bagi tujuh (7) rumah panjang di Sungai Arip, Selangau RM22,000 bagi 11 rumah panjang di Bawang, Selangau dan RM10,000 bagi 5 rumah pajang di Kakus, Tatau.

Sumber :sarawakupdate

No comments: