Tuesday, March 15, 2011

Jalan Labang, Rh Bebuling dan Skim Tanjung Sebekut Siap Ogos 2012


Spaoh- Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu hari ini merasmikan upacara Majlis Pecah Tanah Jalan Labang, Rh Bebuling dan Skim Tanjung Sebekut di Padang Futsal Kampung Spaoh.
Pembinaan jalan tersebut bagi menghubung simpang jalan Labang, Rh Bebuling Atas, Rh Bebuling Baroh dan Skim Tanjung Sebekut hingga ke Kampung Spaoh.
Ia akan menjadi akses kepada rakyat terutama bagi penempatan penduduk yang terbabit untuk berhubung dengan Pekan Betong dan Spaoh.
Malah, jalan tersebut juga sebagai laluan para petani untuk memasarkan hasil tani mereka disamping untuk rakyat membuka penempatan baru.
Jalan sepanjang 4 km itu dibina dalam masa lapan belas bulan ( 07 Febuari 2011 – 06 Ogos 2012 ) Jelasnya, antara kompenan projek ini ialah membina jalan sepanjang 4062 m dengan 3864 m berpiawaian R1 ( jalan batu lebar 5 m) dan 198 m jalan berturap berpiawaian R3 (lebar 6 m) di atas jambatan konkrit sepanjang 63 m merentangi Sungai Paku.
Jabu dalam ucapan nya berkata Gagasan 1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan membuktikan bahawa kerajaan tetap mengutamakan kehendak rakyat dalam usaha memperkasakan mutu perkhidmatan kerajaan Barisan Nasional.
“Sokongan padu rakyat dalam menyokong kepimpinan Barisan Nasional perlu dibalas dengan pelbagai usaha sehingga rakyat terus mengecapi pembangunan, keamanan dan kemakmuran tanpa mengira kaum” tambahnya.
Semangat 1 Malaysia yang ditunjukkan oleh rakyat khasnya bagi penduduk Spaoh, Betong, Saribas membuktikan bahawa perpaduan kaum begitu erat.
Jabu berkata perpaduan ini bukan baru dibentuk, sebaliknya telah dilakukan sejak sekian lama. Kita harus kekalkan perpaduan itu, demi kemakmuran kita, ujarnya.
Menurut Jabu lagi, jika rakyat tidak bersatu padu antara satu sama lain, sudah pasti pembangunan yang kita kecapi hari ini tidak terhasil sambil itu beliau mengajak rakyat mengimbau kembali senario terdahulu semasa zaman komunis.
Oleh itu, kita harus bersyukur kerana hari ini kita dapat mengecapi arus pembangunan bukan sahaja infrastruktur, kemudahan asas sebaliknya peningkatan ekonomi rakyat di pertingkat dan diperkasakan.
Terdahulu, turut menyampaian ucapan ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Dato Sri Douglas Uggah Embas dan ADUN N32 Bukit Saban Robert Lawson Chuat.
Dalam majlis tersebut, Jabu mengumumkan peruntukan sebagai modal pertama berjumlah RM 30 ribu untuk pembangunan pertanian di Tg Sebekut dan RM 20 ribu untuk petani Betong, dalam usaha meningkatkan sumber pendapatan para petani, Pergerakan WANITA masing-masingnya RM 5 ribu untuk 10 blok Kampung Spaoh dan beberapa kos untuk membuat benteng Sg Paku.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Pengarah Jabatan Saliran dan Pengairan Sarawak Mr Wong Siu Hieng, Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel, Setiausaha Politik Ketua Menteri En Isik Utau, Ketua-ketua jabatan kerajaan, ketua masyarakat dan pesnduduk setempat.
sumber :sarawakupdate

No comments: