oleh Hazemi Hj Entek
DEBAK : Penduduk rumah panjang di kawasan Bukit Saban seharusnya peka dengan pembangunan semasa dari kerajaan Barisaan Nasional dan tidak mudah goyah atau terpedaya dengan apa yang disampaikan oleh pihak pembangkang lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya negeri yang semakin hampir.
Malah setiap tohmahan perlu ditangkis justeru pembangunan yang dikecapi dan dinikmati selama ini adalah hasil dari kepimpinan Barisan Nasional.
Berucap dalam satu majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran JASA Bahagian Betong, di Rumah Lanseter Morris, Rapong hari ini ( Selasa ), Uggah berkata masa depan penduduk rumah panjang adalah bergantung kepada kepimpinan kerajaan yang berkesan justeru menjadi satu tanggungjawap rakyat untuk memilih wakil rakyat baik di peringkat negeri mahupun di peringkat persekutuan.
“Janganlah kita mudah terpedaya dengan sebarang kata yang belum kita ketahui samada ianya boleh membawa kemajuan kepada kita”,Jelasnya lagi,kerajaan BN melalui pelbagai agensinya mempunyai pelbagai perancangan terperinci dalam memastikan penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan.
Dalam pada itu, RISDA, jabatan Pertanian telah menyatakan kesediaan mereka untuk membantu pekebun kecil getah dan kelapa sawit dalam kawasan parlimen Betong dalam usaha penanaman getah yang mengeluarkan hasil yang tinggi dan menguntungkan ekonomi rakyat. Malah, jelasnya lagi kerajaan melalui agensi MPOB akan juga turut membantu penduduk untuk menanam kelapa sawit dengan bantuan RM 7,000 sehekter dalam pemberian benih, racun dan baja. Dengan usaha tersebut akan dapat meningkatkan lagi pendapatan rakyat disamping terus membangun tanah-tanah yang terbiar.
Dalam perkembangan lain, Uggah sekali lagi menjelaskan kerajaan BN tidak pernah merampas tanah rakyat terutama tanah milik Hak Adat Bumiputera, sebaliknya tanah-tanah tersebut dibangun untuk kegiatan ekonomi rakyat.
Terdahulu, Uggah mengumumkan peruntukan kerajaan bagi naik tarap jalan masing-masingnya RM 20,000 Suri Tengah, Delit RM 20,000, Ulu Babu RM 20,000 dan Jeti Rh Panjang Rapong RM 50,000 disamping penyampaian cek MRP Projek bagi pembersihan sungai dai tiga puluh rumah panjang masing-masing berjumlah RM 3,000. Beliau juga memaklumkan penyambungai paip air di Rapong dan Jerai.
No comments:
Post a Comment