Wednesday, April 6, 2011

4 Penjuru di Layar


oleh: Saleman Senin


BETONG. Pertembungan 4 penjuru berlaku di DUN N31 Layar pada pilihanraya negeri ke-10 yang diadakan pada 16 April. Persoalan terjawab apabila Encik Tedewin Ngumbang @ Kibak anak Datu yang mewakili parti Bebas telah tiba di pusat penamaan calon sekitar jam 8.30 pagi merupakan orang pertama yang sampai. Beliau yang dicadang oleh Martin Agus dan disokong oleh Gilbert Libu Richard Mambang. Calon kedua yang tiba di pusat penamaan calon iaitu Encik Stanny Embat Pharoh ak Laja daripada parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tiba kira-kira jam 8.50 pagi. Beliau yang turut dicadang oleh Abit anak Bedindang @ Edmund Abit dan disokong oleh Nicholas Apit anak Laja. Manakala calon ketiga yang datang ke pusat penamaan calon ialah Encik Joe Unggang yang tiba sekitar jam 8.50 pagi beriringan dengan PKR beliau mewakili parti SNAP yang turut dicadang oleh Dorise@ Brian Dorise ak Liben dan turut disokong olehReghinold Bandang anak Engkunya. Alfred Jabu anak Numpang yang merupakan penyandang kerusi DUN N31 Layar tiba sekitar jam 9.00 pagi yang turut diiringi oleh Datuk Hishamuddin Tun Hussein. Beliau telah dicadang oleh Kloni anak Kanang dan disokong oleh Tuan Haji Mohd Rajuna Omar. Proses penamaan calon berjalan dengan lancar. Tiada insiden yang tidak diingini berlaku cuma sedikit kekecohan apabila penyokong PKR bertindak aggressif apabila salah seorang ahli parti BN cuba mengambil gambar calon mereka ketika sampai di tempat penamaan calon telah ditolak oleh penyokong tersebut menyebabkan beliau terjatuh namun ianya tiada sebarang pertelingkahan dan dapat didamaikan. Sepanjang proses tersebut, Joe yang mewakili SNAP telah mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.02 pagi. Stanny pula calon PKR mengemukakan borang pada jam 9.10 pagi. seterusnya Tedewin dari Bebas mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.15 paggi dan yang terakhir mengemukakan borang pencalonan ialah Datuk Patinggi tan Sri Dr Alfred Jabu sekitar jam 9.20 pagi. Sehingga selesai majlis tersebut tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

No comments: