Monday, May 9, 2011

Fahami Dasar Kerajaan, Awang Tengah


oleh Saleman Senin


BETONG – Kerajaan sentiasa memberi yang terbaik untuk rakyat, namun tidak semua kehendak yang disampaikan oleh kerajaan difahami oleh rakyat keseluruhannya. Keadaan ini menyebabkan ia mudah untuk dimanipulasi dan disalah ertikan oleh golongan yang menghasut dan memutar belitkan fakta. Akhirnya hasrat dan harapan tidak dapat diterima dan tidak akan mampu untuk dilaksanakan dengan kejayaan sepenuhnya.
Dasar yang telah digubal oleh kerajaan disampaikan dengan baik sekali namun ideologi yang berbeza oleh segelintir pihak yang menyalah ertikan dan tidak berlandaskan pada dasar bagi mengelirukan rakyat serta meraih sokongan sebagaimana yang berlaku pada pilihanraya yang lalu.
Kenyataan tersebut menurut Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan ketika merasmikan Majlis Pertandingan Pidato 1 Malaysia (Bukan Melayu) peringkat Negeri Sarawak 2011 hari ini.
Kesedaran rakyat dalam menerima sebulat-bulatnya maklumat yang diperolehi di internet dan memahami Gagasan 1 Malaysia yang serta meningkatkan kefahaman , sokongan, keyakinan dan penglibatan masyarakat terhadap dasar dan program kerajaan kearah pembinaan Negara bangsa yang bermaklumat, progresif, berintegriti, sejahtera dan bersatupadu juga mengekalkan keadaan harmoni, tambahnya.
Jelasnya, kestabilan politik dan perpaduan rakyat amat penting untuk membangun ekonomi. Matlamat untuk membawa kejayaan anak-anak dan memajukan diri mereka dalam bidang ilmu dan pelajaran seterusnya transformasi serta membawa rakyat keluar dari belenggu kemiskinan dalam meningkatkan ilmu.
Terdahulu seramai tiga peserta telah berentap pada pertandingan akhir yang telah dilangsungkan di Dewan Tan Sri Jabu, SMK St Augustine Betong setelah melepasi saringan dan tapisan akhir yang telah menyingkirkan tiga peserta lain dalam pertandingan tersebut.
Guru dari SMK Maradong Sarikei Encik Wee Hock Sen telah memenangi pertandingan tersebut dan membawa pulang hadiah Wang Tunai RM 1,500, piala iringan serta sijil. Beliau juga telah menyampaikan pidato yang bertajuk Rukun Negara Menyatu padukan Bangsa.
Pemidato dari Limbang Encik Suffian bin Morat yang berbangsa Kedayan telah mendapat undian pidato bertajuk Memperkasakan Bahasa Mendaulatkan Bangsa menduduki tempat kedua turut menerima hadiah Wang Tunai RM 1,000, piala iringan serta sijil.
Manakala pemidato dari Kuching Encik Sila Robin yang berbangsa Iban merupakan seorang Juruteknik telah diberi tugasan untuk menyampaikan pidato bertajuk Bersatu Teguh Bercerai Roboh membawa pulang hadiah Wang Tunai RM 500, piala iringan serta sijil.
Tiga pemidato yang menerima saguhati ialah Lucy ak Lu dari Betong yang menyampaikan pidato bertajuk Rukun Negara Menyatu Padukan Bangsa.
Melinda Wong Kwong Hung dari Sibu menyampaikan pidato bertajuk Perpaduan Pemangkin Wawasan Negara dan pemidato Jennifer Hii Ai Mee pemidato dari Miri yang menyampaikan pidato bertajuk Perpaduan Pemangkin Wawasan Negara.
Setiap seorang mereka turut menerima hadiah Wang Tunai RM 200, piala iringan serta sijil.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ADUN Kalaka, Yang Berhormat Encik Wahab Aziz, Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel, Pengarah Penerangan Negeri Sarawak Encik Resat bin Salleh, Pegawai Daerah Betong Encik Friday Belik.

No comments: