Monday, April 4, 2011

Hotel Medan Terbaru dan tercanggih di Betong mula beroperasi



PERTAMA DI BETONG!!! Hotel Medan Betong merupakan hotel bertaraf dua bintang yang pertama dan termoden di Bandar Betong pada masa sekarang. BETONG, Khamis (31 Mac) – Hotel bertaraf dua bintang yang pertama di Betong iaitu Hotel Medan telah mula beroperasi secara rasminya bertempat di Bandar Baru Betong pada 28 Mac lepas. Hotel setinggi lima tingkat itu merupakan kedua yang dibina bawah rangkaian Hotel Medan dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Hotel Li Hua Hotel dan Organisasi Hock Peng. “Hotel Medan Betong mempunyai 50 buah bilik dengan kadar bayaran sewa bermula dari RM55 (semalam) untuk deluxe single room dan kadar bayaran sewa bernilai RM280 (semalam) untuk Executive Suite. “Kita bercadang untuk menambah sebanyak 30 buah lagi bilik di masa akan datang. Justeru mereka yang berminat untuk menikmati pengalaman selesa di Hotel Medan Betong boleh menghubungi 083-471919 untuk tujuan tempahan mulai sekarang,” kata Pengurus cawangan Hock Peng Realty Betong, Chew Kuo Liang. Selain itu Hotel Medan Betong katanya merupakan hotel yang pertama kali direka khusus secara moden untuk mempunyai lift pengguna, sistem kad akses pintu, kamera litar tertutup, rangkaian WiFi, ASTRO, air panas dan sejuk serta sistem perlindungan kebakaran. Malahan hotel terbabit kata Chew juga mempunyai sistem genset sedia untuk menyalur bekalan elektrik bagi tujuan kegunaan penuh kemudahan hotal termasuk alat penyaman hawa dan pencahayaan. “Disamping ruang rekabentuk dalaman Hotel Medan Betong yang nyata mempersonakan tetamu, kesemua bilik dilengkapi dengan katil berkualiti tinggi, TV LCD 32 inci, ASTRO, set penghasilan kopi dan teh, set mandian bersih dan alat penyaman udara boleh kawal untuk semua pelanggannya,” menurut beliau. Beliau turut menambah bahawa Pusat Membeli-Belah dan Pasaraya Medan Betong setinggi tiga tingkat yang terletak di Hotel Medan Betong terbabit juga bakal beroperasi pada awal bulan April ini. Sambil dilengkapi dengan sistem penyaman udara dan lift tangga, Pusat Membeli-Belah dan Pasaraya Medan Betong bakal menyediakan keselesaan yang sewajarnya kepada penduduk di Betong sebaik sahaja ia beroperasi kelak. “Pembinaan Hotel Medan Betong ini dilihat sesuai dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk membangunkan Bahagian Betong dan industri pelancongan di sini pada masa akan datang,” katanya. Tamat.

Sumber :sriamannews

No comments: