Monday, April 4, 2011

Bekas guru jadi calon BN di DUN Saribas


oleh: A. Reel Lee Ya


SARIBAS – Bekas guru, Ricky @ Razi bin Sitam yang telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional(BN) PBB di DUN N 30 Saribas bukanlah orang baru dalam arena politik. Malah beliau seorang yang sangat aktif memperjuangkan parti dan melaksanakan program-program belia dikawasan DUN Saribas. Beliau juga yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda PBB Saribas sangat rapat dan sering memantau masalah rakyat dikawasan terbabit. Kehadiran beliau sebelum ini dalam arena politik bukan sekadar pada dasar ketua pemuda malah, pengamal media juga sering mengikuti perkembangan pergerakan beliau yang banyak menggerakkan belia dikawasan beliau dan amat disenangi dikalangan penduduk sekitar. Dalam usia 38 tahun, Razi yang telah diberi peluang untuk mewakili BN menggantikan Dr Wahbi bin Junaidi yang tidak lagi bertanding dikatakan boleh menjadi pengganti yang paling sesuai menduduki kerusi DUN N30 Saribas jika beliau mampu menarik pengundi-pengundi dikawasan terbabit untuk bersama beliau meneruskan perjuangan Barisan Nasional. Katanya, beliau akan berusaha untuk membawa kemajuan dikawasan beliau seandainya diberi kepercayaan untuk mewakili rakyat dan bersuara di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Untuk merealisasikan harapan tersebut, beliau mengajak pengundi-pengundi untuk memikirkan realiti yang akan berlaku seandainya kawasan tersebut jatuh ke tangan pembangkang yang hanya mampu memutarbelitkan fakta. Jelasnya, pembangkang yang telah nyata tidak berpersefahaman diantara komponen-komponen gabungan mereka tidak layak untuk dijadikan ikutan kerana ianya akan menghancurkan dan memecah belah rakyat. Jika mereka(pembangkang) berkata berubahlah.. namun kita harus berfikirlah… sebelum memberi keputusan yang paling tepat. Katanya lagi, BN akan terus mengekalkan pemerintahan dan jika kita tewas disini apakah yang akan berlaku kepada kita? Pertembungan satu lawan satu dimana Razi yang akan ditentang oleh Setiausaha PKR Sarawak Abang Zulkifli bin Abang Engkeh yang mewakili PKR dilihat akan menjadi suatu yang menarik kerana Razi merupakan muka baru. Pada pilihanraya yang lepas tahun 2006 BN yang diwakili oleh Dr Wahbi bin Junaidi hanya menang dengan majoriti 94 undi menewaskan calon yang sama Abang Zulkifli.

No comments: