Friday, May 20, 2011

Gula Berlebihan Punca Penyakit



oleh: A. Reel lee Ya


BETONG – Pengambilan gula yang berlebihan akan mengakibatkan risiko berbagai penyakit.
Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil pelbagai langkah bagi mempromosikan amalan pemakanan secara sihat kepada masyarakat, terutama mengurangkan pengambilan gula.
Perbelanjaan juga dapat dijimatkan dengan cara mengurangkan pengunaan gula dalam makanan dan minuman kita, disamping mengelak daripada penyakit-penyakit yang disebabkan oleh pengunaan gula yang berlebihan.
Dalam usaha kerajaan mendidik rakyat untuk mengamalkan cara hidup sihat, berbagai aktiviti dirancang dengan mempromosi di media massa.
Disamping itu juga, kerajaan telah memperkasakan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula mulai tahun 2010 dan diper hebatkan lagi pada tahun ini.
Demikian menurut ADUN N32 Bukit Saban, Robert Lawson Chuat anak Entering semasa merasmikan majlis Sambutan Minggu Kempen Kurangkan Pengambilan Gula 2011 peringkat Negeri Sarawak di Dewan Panglima Rentap Betong hari ini.
Tambahnya, Pengendali makanan juga disarankan untuk mengurangkan pengunaan gula dalam penyediaan makanan kepada pelanggan.
Mereka juga seharusnya menyediakan resipi-resipi yang kurang pengunaan gula, ujarnya.
Terdahulu, Sambutan kempen yang dijalankan selama 3 hari yang bermula semalam di anjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut mengadakan beberapa aktiviti antaranya ialah Pertandingan Gerai Bersih dan Sihat, Pertandingan Memasak untuk Golongan Ibu, Ceramah Kesihatan dan pertandingan Melukis Poster selain mengadakan pameran kesihatan disamping derma darah dan pemeriksaan kesihatan dan gigi.
Dengan objektif untuk mendidik rakyat tentang kesan pengambilan gula yang berlebihan serta menggalakkan pengendali makanan dan industrI makanan menyediakan makanan dan minuman yang rendah kandungan gula kepada pengguna disamping untuk melahirkan rakyat yang sihat dan sejahtera supaya dapat menymbang secara berkesan kepada pembangunan Negara.
Dengan adanya kempen tersebut beberapa mesej utama kerajaan dapat disampaikan dengan lebih jelas.
Dalam majlis tersebut juga, Robert turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Gerai Sihat, Pertandingan Memasak untuk Golongan Ibu dan Pertandingan Melukis Poster.
Turut hadir dalam majlis itu ialah ADUN N30 Saribas Yang Berhormat Ricky @Mohd. Razi bin Sitam, Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel, Pegawai Daerah Betong Encik Friday Belik dan Pegawai Kesihatan Bahagian Betong Dr Jeffery Stephen.

No comments: