Wednesday, March 28, 2012

Rural Catch Up Plan Successful, Taib




Pictorials by Hazemi Hj Entek and Affendi Mohd Yusof

Rural Sarawak populace income would be bigger than their urban counterparts once the younger generation successfully adapt to the knowledge-based economy that require skills and sophisticatedequipment.

Chief Minister Pehin Seri Abdul Taib Mahmud stressed that the younger generation must see Internet beyond fun, and must start asking themselves what they want to do in live now. 

"They must think and must not decide on their career until they knew how much are they going to get, what will they earned because the economy based on knowledge require skills and knowledge," he stressed, in his keynote address at Betong Division 10th Celebration in Dewan Tan Sri Kalong Ningkan, Betong today.

Taib said big scale economy is steadily taking shape in Sarawak with the influx of international investment, and factories with build up areas more than 1 kilometer long are currently built in Mukah and Samalaju.

"Painting jobs for these buildings alone would need generate millions (for the business-minded rural populace)," he said, adding that Sarawak are currently short of labour with technical knowledge to meet the big industries demand.

Taib said Sarawak is placing highest priority to technical knowledge to realise our pursuit of industrialisation, and training would be given to the rural populace to make sure they particpate and play bigger role in the Sarawak economy.

It is an open secret that rural areas are very rich in resources and raw materials, but many factors like communication and transportation are hampering earlier plan to develop the hinterlands.

Taib said he introduced The Catch Back Plan to mengepong the more advance area and make our rural populace equally competitive and ready for the modernisation challenge.

"The traditional rural economy will no longer be able to meet the demands of the younger generation who have higher expectations in life, if you have rubber trees you will end up not having people to tap them,"he jokingly said.

Earlier, Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu in his welcoming speech said Betong aimed to have 50,000 population in the next 10 to 15 years from its current 12,000, thus requiring greater social facilities.

"130 acres of land within 5 kilometer radius from Betong town centre to be developed into Family Park and recreation," he said.

Jabu said Betong have witnessed development by leap and bound over the past 10 years, from a small district in the rural area into a modern divisional administrative centre with many high performance secondary schools, community college, skills centre and polytechnic.

"An economic seminar was held yesterday and the resolution made would be submitted to the Chief Minister," he said, adding that the brainstorming session was lead by Minister Of Natural Resources and Environment, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, whom is Betong MP.

Jabu said Betong Division Economic Report 2011 to be submitted to Chief Minister clearly reflect the achievement of government development transformation programmes implemented for the benefit of Rakyat until December 2011.

Betong, he added also subscribe to the importance of producing special niche food product where Premium Grade Beras Bajong has been registered as Intellectual Property under GIS, mechanised farming has been introduced into Lubok Nibong Rice Growing Area.

On plantation industry, Jabu said in the next three years three oil palm mills would be built by the private sectors to cater for the steadily growing sector, while a Rubber Processing Factory at Debak undertaken by China company employs 85% local. 

Not forgetting the less fortunate Jabu said poverty eradication programme are being carried out to cover Engkilili, Lubok Antu, Betong, Saratok, Julau and Pakan Districts where high yielding rubber would be used as main crop.

Jabu support and welcome Bumiputera Trust Fund (TEGAS) that were aimed at providing training for skilled workforce in technical subjects at certificate and Diploma levels.

"We hoped TEGAS can be collaborated with our existing facilities in Betong such as vocational school, technical school, MRSM, Gitmara, community college and Metro Polytechnic," he stressed.




















Jerebu: JAS Pantau Pembakaran Terbuka


KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan meneruskan usaha mengawal kegiatan pembakaran terbuka sebagai satu cara untuk mengatasi masalah jerebu  semasa musim panas dan kering yang dijangka berlaku pada April hingga September ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas. 

Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat persediaan Jawatankuasa Jerebu Kebangsaan Khamis lepas dan Jabatan Alam Sekitar diberi tanggungjawab bagi memastikan kegiatan pembakaran terbuka dikawal.

"Strateginya ialah dengan menghadapi cuaca kering kita akan melakukan lebih banyak penguatkuasaan di jalan raya bagi mengurangkan pencemaran, mengawalselia, kuatkuasa bagi memastikan tiada pembakaran terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar serantau mengenai kaedah dan alat yang lebih baik untuk mengintegrasikan pemuliharaan kepelbagaian biologi ke dalam perancangan hutan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sehingga 19 Mac lepas, 320 kes pembakaran terbuka direkodkan di seluruh negara di mana 56 kes dikenakan kompaun dan 23 menerima notis mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

Beliau berkata bagi mengawal kegiatan pembakaran terbuka, kerajaan akan memberi perhatian di kawasan tanah gambut di Selangor, Pahang, Miri (Sarawak) dan Johor, kerana ia mudah terbakar apabila paras air di kawasan itu menurun.

Setakat ini, kementerian telah dapat memastikan paras air mencukupi dan pada masa sama membina beberapa telaga tiub bagi mengepam air sama ada untuk memadam kebakaran atau meningkatkan paras air di tanah gambut.

Uggah berkata jawatankuasa pemandu kementerian alam sekitar bagi negara anggota Asean akan bertemu di Brunei, Mei ini, bagi membincangkan cara dan kaedah bagi membendung punca jerebu yang merentas sempadan.
Kumpulan itu juga akan membincangkan usaha bagi menyelaras dan bekerjasama dalam pelbagai program selain bertukar-tukar pengalaman antara negara-negara anggota.

Pada majlis hari ini, Uggah juga melancarkan 'Perak Tool', satu alat baru kepelbagaian biologi, yang bertujuan bagi membantu pengurus hutan dan penggubal dasar bagi memastikan perancangan yang lebih baik, penebangan lestari dan kesan penilaian kepelbagaian biologi dalam menghasilkan hutan.

Ia diberi nama Perak kerana ia dibangunkan selepas penyelidikan selama enam tahun di hutan simpan Temenggor oleh penyelidik tempatan dan Amerika di bawah projek pemuliharaan kepelbagaian biologi bernilai RM7 juta.

Seminar dua hari itu disertai 120 peserta termasuk Vietnam, Indonesia dan Filipina.



Jabu Lancarkan Liga Betong-Naim 2012






Oleh : A.REEL LEE YA

BETONG. Pasukan Kampung Boy terpaksa berhempas pulas menewaskan pasukan Pelados FC untuk memastikan kemenangan 3-2 dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Bola Sepak Piala Liga Betong-Naim yang dilangsungkan di Kompleks Sukan Betong petang tadi. 

Kampung Boy yang mendahului 1-0 pada babak pertama hasil jaringan Sahril Saburahim pada minit ke-42. Pasukan yang tampil dengan barisan pemain muda hampir memastikan kemenangan selesa setelah menambah lagi 2 gol pada babak kedua hasil jaringan pemain gantian dan cukup berpengalaman Sulaiman Saimi yang sempat membaca gerakan penjaga gol Pelados yang keluar agak jauh dari pintu gol menyepak bola lambung kedalam pintu gol pada minit ke-65 . 

Sulaiman yang tidak dikawal sekali lagi tidak mensia-siakan peluang yang terhidang dan menendang cantik bola dan menewaskan penjaga gol selang dua minit kemudian. 

Namun pasukan Pelados yang turut dibarisi pemain muda tidak mengenal penat lelah berusaha mengekang lawan dan menggandakan asakan telah menghasilkan gol pada minit ke-83 hasil gerakan cantik penyerang sensasi Pelados Nazreen Ismail. 

Dalam usaha mencari gol pasukan pelados sekali lagi meneruskan asakan dan hasilnya mereka sekali lagi menjaringkan gol hasil tendangan cantik Ahmad Faizzal Badir yang menerjah jaring pada minit ke-85. 

Pelados hampir menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan namun tandukan pemain gantian mereka melewati palang gol. 

Kejohanan Bola Sepak berprestij Piala Liga Betong-Naim 2012 yang membuka tirai kejohanan telah memulakan perlawanan pembukaan bermula hari ini (26 Mac)disini. 

Sebanyak 10 pasukan akan berentap dalam kejohanan tersebut dimana kesemua perlawanan akan dilangsungkan di Kompleks Sukan Betong dalam format liga satu kumpulan. 

Antara pasukan yang menyertai ialah Kampung Boy Betong, Pelados FC Spaoh, MPOB Elite Saratok, PDRM Betong, PMSB FC Betong, Skyline FC Saratok, Artoist Apanez FC Saratok, 30 Junction FC Bungin, Kedit-Kejora Betong dan EG Galaxy Betong. 

Perlawanan pembukaan tersebut yang berlangsung di Kompleks Sukan disini, turut dirasmikan oleh Timbalan ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu anak Numpang. Beliau turut membuat gimik perasmian dengan menunjukkan kepakaran beliau menggunakan sumpit yang disediakan oleh pihak jawatankuasa badan induk Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA). 

Sebelum perlawanan dilangsungkan Jabu turut membuat sepak mula tanda bermulanya saingan merebut piala Liga Betong-Naim dan Piala Datuk Patinggi Jabu. 

Kejohanan yang masih menggunakan format lapan pasukan teratas dalam liga Betong-Naim akan bermain dalam Piala Datuk Patinggi Jabu setelah selesai Kejohanan Piala Liga Betong-Naim 2012. 

Terdahulu, Kejohanan Liga Betong-Naim menawarkan hadiah Johan, wang tunai RM 5,000 beserta piala dan pingat. Naib Johan wang tunai RM 3,000 beserta piala dan pingat manakala tempat ketiga wang tunai RM 1,500 beserta piala dan pingat seterusnya ditempat keempat wang tunai RM 500. 

Bagi Piala Datuk Patinggi Jabu penganjur turut menawarkan hadiah RM 5,000 beserta piala dan pingat. Naib Johan wang tunai RM2,500 piala dan pingat manakala tempat ketiga bersama menerima wang tunai RM1,000. 

Selain itu, hadiah "Fair Play" turut diberikan kepada pasukan yang mempamerkan aksi bersih sepanjang kejohanan liga. 

Hadiah "Man of the Match" untuk perlawanan akhir dan turut disumbangkan hadiah untuk penjaring terbanyak kejohanan liga.