Monday, March 5, 2012

21 Kampung Wifi Untuk Betong















Spaoh:- 21 lagi projek Kampung Tanpa Wayar atau lebih dikenali sebagai Kampung Wi-Fi akan dilaksanakan dalam bahagian Betong tidak lama lagi untuk mengurangkan jurang digital di antara penduduk bandar dan luar bandar, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas.
Perlaksanaannya adalah di bawah initiatif Jalur Lebar Negara yang dikemudikan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Setakat ini Betong memiliki empat Kampung Wi-Fi yang beroperasi di Kampung Bungin dekat Spaoh, Pekan Spaoh, Pekan Betong dan Rumah Wilson Begat Bakir, Ulu Paku.
Menurut Dato Sri Douglas Uggah, program seperti ini amat penting kerana komputer kini merupakan peranti yang mudah untuk menjelajah dunia tanpa sempadan dan segala maklumat boleh diperolehi pada hujung jari.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong menyatakannya dalam majlis penyerahan komputer riba 1Malaysia kepada 570 penerima di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Muda Kebajikan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Bukit Saban, Robert Lawson Chuat dan ADUN Saribas, Mohd Razi Sitam.
Selain Kampung Wi-Fi, Betong juga mempunyai Perpustakaan Jalur Lebar yang beroperasi di Perpustakaan Awam Betong dan Mini Pusat Jalur Lebar Komuniti yang beroperasi di Pejabat Penerangan Betong.
“Gunakan lah pemberian kerajaan ini secara berhemah dan beretika” ujar beliau sambil menambah banyak kebaikan dalam dilakukan melalui internet termasuk berinteraksi di alam siber dengan pelayar lain di seluruh dunia, memudahkan urusan dokumentasi dan file persatuan dan pertubuhan setempat dan mempromosi barangan perniagaan.
Pelajar juga boleh mengakses internet untuk mencari maklumat-maklumat tentang pelajaran, mencari nota-nota tambahan tentang pelajaran dan menambang pengetahuan mereka.
“Internet juga ada kesan buruknya apabila kita tidak berhemah menggunakannya seperti melayari laman sesawang lucah dan melakukan penipuan siber”, ujarnya lagi.
Sejumlah 107,400 unit komputer riba 1Malaysia sedang diagihkan oleh SKMM di bawah fasa ketiga program tersebut di Sarawak termasuk 4,700 unit di Betong.
Pada April tahun lalu, SKMM telah melaksanakan fasa kedua yang melibatkan pemberian 60,268 unit komputer riba 1Malaysia kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan orang awam.
Fasa pertama pada 2010 melibatkan pemberian 14,500 unit komputer 1Malaysia.

Sumber : sarawak update

2 comments:

yusuflaili(Goku) said...

sejahtera salam 1Malaysia;

Satu perkembangan yang amat baik dari sebelum ini..Dgn pemberian Laptop 1Malaysia tiap2 seorang Pemimpin PBB peringkat ranting/K30 maka dptlah mereka bekerja lebih baik dan pantas tanpa bermacam2 alasan...

bujangbetong said...

Salam 1Malaysia,

Begitulah hendaknya. Selepas ini adalah diharapkan supaya penerima-penerima tersebut dapat memberi sumbangan dan komitmen yang lebih kepada parti dan juga sebagai seorang pemimpin yang boleh diharapkan untuk membantu golongan yang inginkan celik ICT, terima kasih saudara.