Friday, February 27, 2009

Dua BUKIT, Satu BATANG

Ramai yang tersenyum membaca tajuk posting ini.

Sebelum anda berfikir yang bukan-bukan, elok saya jelaskan bahawa ia merujuk kepada pilihanraya-pilihanraya kecil yang akan diadakan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, dan Batang Ai.

* * * * *Sumber: Malaysiakini - Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kawasan Batang Ai perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dublin Unting hari ini.Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana penggal DUN itu baru berusia lebih dua tahun dan mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak, penggal akhir DUN itu ialah pada Julai 2011."Maknanya, ada dua tahun lebih. Jadi, pilihanraya kecil perlu diadakan," katanya kepada Bernama di Putrajaya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkara itu selepas Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dublin, 53, meninggal dunia di Normah Medical Centre di Kuching pada pukul 1.25 pagi ini akibat serangan angin ahmar.Mendiang juga Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak.Ditanya mengenai tarikh pilihan raya kecil itu akan diadakan, Abdul Aziz berkata perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu.Beliau berkata Speaker DUN Sarawak belum memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN berkenaan dan menjangka akan menerima surat daripada Speaker berkenaan dalam tempoh sehari dua lagi.

sumber ; sarawak update

Tuesday, February 24, 2009

ADUN Batang Ai Sarawak Meninggal


Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak, Datuk Dublin Ingkot meninggal dunia jam 1.25 pagi Selasa pada usia 53 tahun. Mendiang yang diserang angin ahmar Mei tahun lalu, juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai dalam kawasan Parlimen Lubok Antu. Mendiang yang juga merupakan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) memenangi kerusi DUN Batang Ai pada pilihan raya negeri 2006 dengan mengalahkan calon SNAP, Bawin Anggat. Dengan kematian mendiang, DUN Batang Ai akan menyaksikan satu pilihan raya kecil diadakan kerana tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak belum melepasi tiga tahun atau dua pertiga daripada tempoh penggal DUN Sarawak. Mei ini, penggal DUN Sarawak akan masuk tempoh tiga tahun. Tempoh penggal pilihan raya Sarawak akan berakhir pada tahun Mei 2011. – 24/2/2009

Monday, February 23, 2009

JABU SAMPAIKAN CEK DIVIDEN SALCRA

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang hari ini menyerahkan sebanyak 1192 surat hakmilik tanah kepada 938 wakil dari kawasan Ladang Kelapa Sawit Roban Selatan, Roban Utara dan Saratok.Majlis anjuran Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dengan kerjasama Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) ini juga menyaksikan sejumlah RM731,902.41 pampasan yang dibayar kepada 112 orang yang melibatkan lima projek di Bahagian Betong.“Majlis ini membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah merampas tanah rakyat dan tanah akan dibayar seadilnya jika tanah tersebut diperlukan untuk tujuan pembangunan,”Katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah di Bahagian Betong dan Penyerahan Surat Hakmilik Tanah kepada peserta projek SALCRA di sini, pagi tadi.Sebaliknya, ujar beliau, rakyat harus sentiasa rasa bersyukur atas nikmat pembangunan yang diberikan oleh kerajaan dan juga hasil daripada mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan“Misalnya, penyerahan surat hakmilik tanah ini adalah bukti kerajaan tidak pernah mengambil tanah rakyat seperti yang telah didakwa oleh pihak pembangkang sebelum ini,” jelas beliau.Menurut Jabu, sejumlah RM52 juta dividen telah diagihkan kepada rakyat negeri ini yang melibatkan 18 estet pada tahun lepas.Tambah beliau, sejumlah RM14 juta dividen telah dibayar kepada peserta SALCRA dari Daerah Saratok/ Saribas.Beliau selaku Pengerusi SALCRA menambah seluas 29000 hektar tanah telah disukat bagi tujuan penanaman kelapa sawit di negeri ini.Jabu, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar juga berharap agar semua kaum di negeri ini bersatu hati dan bekerjasama untuk merealisasikan impian kerajaan dalam mencapai wawasan 2020.Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak mempercayai dakwaan pihak pembangkang yang menuduh kerajaan telah merampas tanah mereka.Turut hadir di majlis tersebut Timbalan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Jelaing Mersat, Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang dan Koperasi), Datuk Peter Nyarok Ak Enteri, Pengurus Besar SALCRA, Datu Vasco Sabat, ADUN N.33 Kalaka, Abdul Wahab Aziz dan Residen Bahagian Betong, Romie Sigan Daniel.

Monday, February 16, 2009

RM5.3 Billion Untuk Program Tebatan Banjir, Uggah


Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5.3 bilion untuk membiayai pelaksanaan 163 projek tebatan banjir di seluruh negara dalam Rancangan Malaysia Ke-9, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas.Ini merupakan satu peningkatan yang ketara berbanding dengan peruntukan yang disediakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 sebanyak RM2.1 bilion dan RM890 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-7. Masing-masing meningkat sebanyak 152% dan 496% berbanding Rancangan Malaysia Ke-9. Pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Damansara ini terdiri daripada empat (4) komponen utama iaitu:(i) Pembinaan tiga (3) Kolam Takungan Banjir yang mempunyai kapasiti takungan sebanyak 2.6 juta meter padu.(ii) Kerja-kerja tebatan banjir seperti pembinaan benteng penahan banjir, pembinaan tembok konkrit dan pembinaan struktur kawalan di enam (6) kawasan kritikal.(iii) Pembinaan empat (4) buah rumah pam.(iv) Membuang halangan laluan air di bawah empat belas (14) buah jambatan.Uggah berkata projek ini adalah bukti keprihatinan Kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat."Projek ini akan memberi manfaat kepada 300,000 hingga 400,000 orang penduduk di Taman Perumahan TTDI Jaya, Kampung Melayu Kebun Bunga, Taman Mesra, Taman Perindustrian Saujana Indah, kawasan komersil Seksyen 13 Shah Alam dan kawasan-kawasan lain di sekitar di samping meningkatkan nilai hartanah serta kegiatan ekonomi setempat," terang beliau.Satu keunikan pada projek tebatan banjir ini di mana ia tidak lagi menggunakan kaedah-kaedah yang boleh merosakkan ekosistem sungai seperti pelebaran atau pelurusan sungai. Kaedah-kaedah yang digunakan ini adalah lebih mesra alam dengan pembinaan kolam-kolam takungan, benteng-benteng dan penggunaan pam.Bagi memastikan pengurusan dan pemuliharaan sungai yang lebih berkesan Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan beberapa pendekatan. Pertamanya, Majlis Sumber Air Negara Ke-4 (MSAN Ke-4) yang telah diadakan pada 20 Ogos 2008 telah bersetuju supaya semua Kerajaan Negeri mewartakan semua rizab sungai. Ini bertujuan bagi memastikan pembangunan di kawasan koridor sungai tidak membawa bencana seperti banjir, pencemaran air dan kemusnahan ekosistem semula jadi sungai.MSAN Ke-4 juga telah bersetuju untuk melaksanakan Program Ops Lumpur yang akan memastikan setiap aktiviti guna tanah tidak akan memberi kesan negatif kepada persekitaran dan juga sistem sungai yang berdekatan akibat daripada kesan pemendapan lumpur dan kelodak. Perkara ini memerlukan penglibatan beberapa agensi Kerajaan terutamanya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan-Kerajaan Negeri serta semua Pihak Berkuasa Tempatan.Pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar juga telah memperkenalkan kaedah saliran mesra alam. Penggunaan kaedah saliran mesra alam ini memberi penekanan kepada kawalan di punca (control at source) dalam semua projek-projek pembangunan tanah terutamanya kawasan perumahan, perindustrian dan komersial. Tujuan penggunaan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) ini adalah untuk mengawal kuantiti dan kualiti air larian dari sesuatu kawasan pembangunan supaya tidak memudaratkan sistem-sistem sungai. Dengan itu, secara tidak langsung masalah banjir akan dapat di atasi dan kualiti air sungai dapat dipelihara.Projek ini akan diberi nilai tambah terutamanya dalam menjadikan kawasan di sekitar kolam takungan ini sebagai kawasan rekreasi dan kemudahan awam untuk kegunaan orang ramai. Projek ini juga akan dapat memastikan bahawa kawasan di sekitar kolam takungan dan sungai terpelihara daripada pencerobohan dan pembangunan-pembangunan yang tidak dirancang yang boleh merosakkan ekosistem sungai.span

KONSEP MASMA CEGAH BANJIR DI SARAWAK, JABU

Konsep Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang diperkenalkan di Bahagian Betong diharapkan dapat diperkenalkan ke seluruh negeri Sarawak sebagai satu sistem pencegah banjir.“Dengan adanya konsep MSMA ia akan mampu mencegah banjir kilat daripada berlaku di Betong khasnya,” kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Sistem Saliran Pusat Bandar Baru Betong di Tapak Projek dekat sini pagi tadi.Beliau berkata, dengan adanya projek tersebut di Betong ianya akan melengkapkan lagi pembangunan Bandar Baru Betong.Menurut Jabu, tujuan utama projek ini adalah untuk menyediakan kemudahan sistem saliran utama kepada Pusat Bandar Baru Betong, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Betong dan seluruh kawasan tadahan Sungai Engkabang.Jabu, yang juga Menteri Pembangunan Infratstruktur dan Komuniikasi dan Menteri Pembangunan Luar Bandar menambah, “kita melihat projek ini sebagai satu sejarah menandakan Betong menuju ke arah pembangunan pesat.”Projek ini dijangka siap menjelang penghujung bulan Ogos 2010.Disamping itu, Betong juga bakal menyaksikan pembinaan sebuah bandar baru yang terdiri daripada pusat komersil yang baru dan dikelilingi oleh kawasan persekitaran yang indah yang mampu menarik penduduk sekitar mengunjunginya.Kata Jabu, projek tersebut adalah antara projek pembangunan yang baru dari segi pembangunan bandar moden untuk memajukan Bahagian Betong.“Kita tidak mahu ketinggalan dari segi pendekatan dan cara bagi membangunkan bandar baru yang serba moden di Betong di mana pelbagai aktiviti akan diperkenalkan untuk memberi manfaat kepada penduduk sekitarnya.“Kita juga mahu supaya generasi akan datang akan mewarisi perancangan yang baik yang kita buat pada masa sekarang,” kata beliau.Selain itu menurut Jabu, perbincangannya dengan Ketua Pengarah RISDA akan menyaksikan RISDA bakal memulakan projek bagi menyemai bibit-bibit getah yang bermutu tinggi.Kita akan menyediakan tapak untuk dipinjamkan kepada RISDA bagi menjalankan bidang ekonomi berasakan penanaman getah yang bermutu tinggi.Tambah beliau lagi perancangan padu untuk memajukan Betong adalah komitmen bersama pemimpin di sekitar Betong selain sokongan padu dari rakyat pelbagai kaum di Betong.Terdahulu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas berkata, pendekatan yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran ini bakal menyaksikan Betong menjadi perintis bagi program ini di SarawakJelas beliau, projek yang bernilai RM5.2 juta ini diharap mampu menghindari Betong dari menghadapi masalah yang sama yang dihadapi oleh bandar-bandar besar di seluruh negara seperti banjir kilat.“Komponen projek ini terdiri dari tiga buah kolam, 23m RC drain, 600m retaining wall, 2 nos of culvert crossings, 1 no. RC weir, 1 no. of GPT (twin) and associated inlet works selain dua pavilion dan satu amphiteater,” jelasnya.Tambah Uggah lagi, Betong yang dinaiktaraf menjadi Bahagian pada 26 Mac 2002, menyaksikan pertambahan dari segi penduduk, perumahan dan pelbagai industri yang muncul di Betong.Menurut beliau, menyedari pembangunan yang pesat dan rancak, Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengambil kira akan kesan pembangunan terhadap masalah banjir dan dengan itu satu sistem saliran yang menyeluruh dan bersepadu perlu dilaksanakan.Dengan pengenalan program ini banjir akan dapat dikurangkan dan sungai akan dapat dijaga dan ia akan menjadikan sungai kita bersih, kata beliau.Turut berucap pada majlis berkenaan ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengairan Saliran, Dato’ Ir. Ahmad Husaini Sulaiman.Beliau berkata bahawa Projek Pembangunan Sistem Saliran Pusat Bandar Baru Betong terdiri dari tiga aspek iaitu untuk mengawal kuantiti air larian hujan, mengawal kualiti air larian hujan dari Sungai Engkabang sebelum mengalir keluar ke Sungai Entanak selain mempromosikan cara hidup sihat dan menambah nilai pada Pusat Pentadbiran Betong yang baru dan kawasan sekitarnya.Turut hadir ialah Menteri Muda Pertanian, Perladangan dan Koperasi, Datuk Peter Nyarok, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Dato’ Ir. Ahmad Husaini Sulaiman, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, Ir. Wong Siu Hieng dan Residen Betong, Romie Sigan Daniel.

Thursday, February 12, 2009

TARIF ELEKTRIK TURUN

Oleh AZMAN IBRAHIM dan THOMAS CHONG

PUTRAJAYA 11 Feb. - Tarif elektrik akan diturunkan pada purata 3.7 peratus kepada 31.3 sen sekilowat jam (kWj) daripada 32.5 sen kWj mulai 1 Mac ini.
Para pengguna domestik akan mengalami penurunan tarif elektrik secara purata sebanyak 2.54 peratus manakala pengguna komersial 2.7 peratus dan industri 5 peratus.
Menteri Tenaga Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pengecualian pembayaran bil elektrik bagi pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 ke bawah akan diteruskan sehingga 31 Disember ini.
“Kerajaan juga telah menetapkan supaya talian elektrik seumur hidup bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik 200 kWj ke bawah sebulan dikekalkan pada kadar tarif sedia ada iaitu 21.8 sen kWj memandangkan pengguna dalam kategori ini tidak mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik sejak tahun 1998,” katanya kepada pemberita ketika mengumumkan penurunan tarif elektrik di sini hari ini.
Shaziman berkata, kerajaan juga bersetuju supaya bekalan gas tambahan sebanyak 100 mmscfd (kaki padu standard sehari) akan diberikan kepada sektor industri daripada sektor elektrik sebagai langkah kerajaan menggerakkan sektor tersebut dan memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk membuat pelaburan di negara ini.
Beliau menambah, kementerian juga mencadangkan supaya syarikat pengagihan air yang tidak layak menikmati kemudahan tarif khas industri diberi bantuan melalui diskaun tarif elektrik supaya kerajaan dapat memastikan tarif air adalah pada kadar tidak terlalu membebankan pengguna.
Shaziman menjelaskan, penurunan dalam peratusan yang kecil itu disebabkan harga arang batu di pasaran yang masih meningkat iaitu AS$85 (RM306) setan berbanding hanya AS$75 (RM270) setan pada Julai tahun lalu.
‘‘Dengan mengambil kira suasana kelembapan ekonomi dunia sekarang yang memberi kesan kepada rakyat, kementerian telah mempercepatkan penyelarasan tarif elektrik kepada 1 Mac berbanding 1 Julai depan seperti dirancang.
‘‘Tarif elektrik ini akan disemak semula iaitu pada 1 Julai ini dan semakan seterusnya setiap enam bulan bagi membolehkan tarif elektrik diselaraskan dengan harga gas dan arang batu yang tidak menentu di pasaran antarabangsa,” katanya.
Shaziman berkata, kementeriannya juga telah mencadangkan supaya mekanisme tidak menikmati keuntungan (fuel pass through) diperkenalkan supaya perubahan harga bahan api diambil kira dalam penetapan tarif elektrik pada masa depan.
‘‘Ini selaras dengan hasrat kerajaan supaya harga tenaga elektrik menjurus kepada harga pasaran,” katanya.

utusan malaysia online 12/02/2009

Tuesday, February 10, 2009

PBB KAKUS BANTU MANGSA BENCANA

PBB Cawangan Kakus menghulurkan bantuan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga mangsa kebakaran yang memusnahkan lapan buah rumah di Kampung Dagang, TatauKetua Cawangan PBB Kakus, Datuk Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia menyampaikan bantuan kepada 16 keluarga terbabit yang diwakili oleh Haji Sepawi Hj Driss, di Dewan Sukan Tatau. Uggah turut melawat kira-kira 89 keluarga mangsa banjir yang dari sekitar daerah Tatau yang juga ditempatkan di siniBanjir di Tatau menjejaskan kira-kira 89 buah rumah panjang disamping 5 buah kampung.Beliau turut meminta pihak jentera kerajaan yang sepatutnya menyalurkan bantuan harus bergerak dengan cekap dan cepat bagi membolehkan bantuan mereka sampai tepat pada masanya.Mesej itu disampaikan kepada Pegawai Daerah Tatau, Jonathan Lugoh dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Tatau, yang berada di pusat pemindahan.Beliau turut menyampaikan cek berjumlah RM5,000 kepada Pegawai Daerah untuk tujuan pembelian minyak enjin sangkut bagi tujuan menghantar bantuan kepada mangsa.Katanya jika pihak jentera kerajaan menghadapi sebarang masalah dalam usaha untuk menyalurkan bantuan maka perlu berhubung dengan pihak wakil rakyat bagi membolehkan penyelesaian dicari agar tidak menganggu kelancaran penyaluran bantuan kepada mangsa.Sebanyak lapan buah sekaolah di sekitar daerah Tatau masih lagi ditutup berikutan paras air banjir yang masih tinggi. Sekolah berkenaan ialah SK Nanga Muput, SK Nanga Tau, SK Bagiau, SK Tayai, SK Keseng, SK Penyerai, SJK(C) Chung Hua Tatau dan SK Tatau
sumber sarawak update 10/02/09

Monday, February 9, 2009

Satu lagi Pilihanraya


IPOH 9 Feb. - Anggota Parlimen Bukit Gantang daripada PAS, Roslan Shaharum, meninggal dunia pagi ini dipercayai kerana serangan jantung, menurut abangnya Ahmad Najmi.
Beliau berkata Roslan, yang pada mulanya sedang menunggu keretanya dicuci di sebuah stesen minyak di Batu Gajah, tiba-tiba dilaporkan merasa tidak sihat dan meminjam sebuah basikal milik orang lain untuk ke farmasi berdekatan.
Sebaik mengayuh basikal itu beberapa meter, beliau dikatakan terjatuh lalu dibawa ke Hospital Batu Gajah sebelum disahkan meninggal dunia, kata Ahmad Najmi kepada Bernama di sini.
Roslan, 50, yang merupakan pengerusi Yayasan Perak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, meninggalkan seorang isteri Sofiah Husein dan 11 anak.
Lulusan ijazah sarjana muda Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta sarjana Sains Pembangunan dan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia, beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara serta Universiti Terbuka Malaysia. - Bernama

Friday, February 6, 2009

DATUK DR ZAMRI MB BARU PERAK

Datuk Zamri Abdul Kadir dinamakan sebagai Menteri Besar Perak. Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang disiarkan oleh TV3 melalui Buletin Utama sebentar tadi. Utusan Malaysia melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diumumkan Menteri Besar Perak yang baru dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 3.30 petang esok.Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana yang sama pada 10 Februari ini.Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pangkalan TUDM di sini malam ini sekembalinya dari menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh.– Utusan.

Wednesday, February 4, 2009

Hampir pasti kerajaan baru di Perak petang ini....

February 4, 2009 : 02.38 PM--->
KERAJAAN BARU PERAK HAMPIR PASTI… Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak sah telah meninggalkan parti masing-masing meletakkan kerajaan campuran negeri Perak kini ibarat telur di hujung tanduk. ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Changkat Jering, Osman Jailu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ADUN Jelapang Hee Yit Foong yang juga Timbalan Speaker DUN Perak hari Rabu telah menghantar surat kepada parti masing-masing memaklumkan keputusan keluar parti. Agendadaily yang mendapat salinan surat ketiga-tiga ADUN berkenaan daripada sumber dalaman PKR dan DAP, mengesahkan surat berkenaan telah diterima oleh parti masing-masing berdasarkan cop tanda terima PKR dan DAP pada surat berkenaan. Dalam surat tersebut ketiga-tiga mereka menjelaskan telah hilang kepercayaan kepada parti masing-masing dan keluar dari parti yang diwakili. Namun surat itu menegaskan, perisytiharan keluar parti itu tidak bermakna mereka meletakkan jawatan sebagai ADUN. “Sila ambil maklum bahaw aperisytiharan saya keluar parti/tidak lagi menjadi ahli DAP tidak bermaksud saya meletakan jawatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri dan apa jua notis perletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri yang ditandatangani secara “undated” dan tidak cop rasmi saya adalah dengan ini terbatal secara ab initio ,” demikian tegas Yit Foong dalam suratnya yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng. Begitu jugalah kandungan surat Jamaluddin dan Osman yang ditujukan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Difahamkan surat tersebut telah sampai kepada pengetahuan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Ekoran itu Nizar dijadual membuat sidang media jam 1.00 petang yang dikatakan akan membuat pengumuman pembubuaran DUN Perak tetapi telah ditangguhkan. Difahamkan pihak Istana Perak telah dimaklumkan mengenai perkembangan yang berlaku dan ketiga-tiga ADUN berkenaan telah mengutuskan surat kepada pihak Istana menyatakan sokongan kepada Barisan nasional (BN) untuk membentuk kerajaan yang baru. Perkembangan lanjut mengenai kemelut politik Perak akan dilaporkan dari semasa ke semasa. – sumber agendadaily 4/12/2009

DUN Perak akan dibubarkan segera?


Berita terkini jam 12.40 tengahari
IPOH, 4 Feb: Berita angin sedang bergerak kencang kini kononnya Dun Perak akan dibubarkan secepat mungkin ekoran ketidakpastian yang berlaku di negeri itu.Menurut sumber, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin telah menghadap Seri Paduka Sultan Perak bagi memohon perkenan agar Dun itu dibubarkan hari ini.Bagaimanapun sehingga kini, MB Perak itu dikatakan masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenainya.Beza satu kerusiTindakan SPR menolak surat dari Speaker Dun Perak, V Sivakumar yang memaklumkan kekosongan dua kerusi, Behrang dan Changkat Jering dan ketidaktentuan kedudukan Timbalan Speaker yang juga Adun DAP Jelapang, Hee Yit Fong dikatakan menyebabkan kerajaan negeri Perak memohon Dun dibubarkan.Hee semalam tidak menyertai mesyuarat Pakatan Rakyat sejak Ahad lalu dan dikatakan sedang dipancing untuk menyertai MCA.Ini bermakna, Pakatan hanya bergantung kepada satu kerusi sahaja dan ia sangat genting untuk kerajaan negeri yang ada kekal dan mandat semula dari rakyat diperlukan.BN dikatakan belum mengumumkan penyertaan kedua-dua Adun yang disifatkan sebagai 'joker' oleh Datuk Seri Anwar itu kerana penyertaan mereka belum mencukupi kerana BN memerlukan sekurang-kurangnya tiga selepas penyertaan Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim ke PKR. Pakatan kini mempunyai 30 kerusi manakala BN mempunyai 27 kerusi manakala bebas dua. Jika kedua-dua calon bebas mengisytiharkan sokongan kepada BN dan satu Adun Pakatan berjaya dibeli nescaya kerajaan negeri yang ada akan menjadi kerajaan minoriti.4 mahu lompat ke PKR?Bagaimanapun, ketika BN berusaha untuk mendapatkan lebih Adun untuk membolehkan mereka menjatuhkan kerajaan negeri, Siasah dimaklumkan, PKR juga sedang dalam proses untuk membawa masuk empat Adun BN ke pangkuan mereka.Menurut sumber itu, satu mesyuarat khas Pakatan akan diadakan malam ini untuk membuat keputusan tersebut samada empat mereka akan menyertai Pakatan atau tidak.
Siasah 04/02/2009

Tuesday, February 3, 2009

SPR putuskan DUN Behrang, DUN Changkat Jering kekal

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat di sini, pagi tadi memutuskan kedua-dua kerusi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering, di Perak kekal disandang kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sedia ada. Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai isu peletakan jawatan dua Adun dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. "SPR sudah meneliti dengan mendalam dari sudut perundangan dan memaklumkan, SPR mengenal pasti wujud keraguan terhadap surat peletakan jawatan oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan yang dihantar Speaker DUN Perak memandangkan kedua-dua Adun itu juga secara sedar surat berkenaan (peletakan jawatan) tidak berkuatkuasa.
"Oleh itu, selepas SPR memastikan kedudukan kedua-dua kerusi DUN itu, SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36 (5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi berkenaan," katanya. Ini berikutan kekeliruan timbul mengenai surat peletakan jawatan yang dikemukakan Speaker DUN Perak, V Sivakumar terhadap Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu yang kemudian dinafikan mereka.
berita harian online 03/02/2009

Pendidikan Pemangkin Utama Pembangunan Modal Insan

BETONG, Isnin - Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu menyarankan agar kekurangan kemudahan yang sedia ada tidak menjadi faktor halangan kepada masyarakat untuk mencapai kejayaan.
" Memang kemudahan yang lengkap masih belum cukup di Betong ini tetapi kerajaan telah mempunyai perancangan pembangunan dengan membeli tanah berdekatan dengan dewan ini bagi tujuan pembangunan," kata beliau.
Penekanan utama diberikan dalam bidang pendidikan yang menjadi pemangkin utama pembangunan modal insan, kata beliau di Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina Tahun 2009 anjuran Persatuan Chung Hua Betong.
Ini jelas terbukti apabila Betong telah mempunyai Maktab Rendah Sains MARA yang menampung 600 pelajar dan mula beroperasi tahun ini.
Jabu juga menyatakan hasrat kerajaan untuk membina sebuah politeknik di Bahagian Betong bagi menampung kekurangan Institut Pengajian Tinggi Awam di Sarawak.
Majlis tersebut diserikan lagi dengan persembahan tarian singa dan persembahan kebudayaan masyarakat cina oleh pelajar-pelajar sekolah SJK (C) Chung Hua Betong.
"Saya dan Douglas ingin menyumbang untuk kemajuan semua masyarakat dan keseluruhan Bahagian Betong kerana masyarakat Melayu, Cina dan Iban sama-sama menyumbang kepada keseluruhan perkembangan pembangunan di Betong," tambah beliau.
Jabu juga meminta agar rakyat tidak lupa jasa dan bakti pengasas terdahulu yang banyak menyumbang kepada pembangunan negeri.
Turut berucap pada majlis tersebut, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Douglas Uggah Embas yang menyentuh isu dan masalah yang melanda penduduk seluruh dunia sekarang iaitu perubahan iklim yang luar biasa. Justeru itu, Douglas memberitahu bahawa satu Gerakan Alam Sekitar akan ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar seluruh negara untuk menangi masalah tersebut.
Beliau memberitahu kementeriannya juga menyumbang RM30,000 kepada jawatankuasa tersebut. Pada Majlis itu juga, Douglas telah menyumbang sejumlah RM10,000 kepada sejumlah kepada Persatuan Chung Hua Betong, Persatuan Buddha Betong dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJK Chung Hua Betong pula masing-masing RM5,000.
Jabu juga turut memberi sumbangan kepada ketiga-tiga persatuan tersebut sejumlah RM15,000 kepada Persatuan Chung Hua Betong, RM10,000 bagi Persatuan Buddha Betong dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJK (C) Chung Hua Betong menerima RM5,000.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah isteri beliau Senator Dato Sri Empiang Jabu, Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau, pegawai-pegawai kanan dan Ketua-ketua masyarakat di Bahagian Betong. Majlis tersebut dihadiri seramai kira-kira 600 orang.
Utusan Sarawak 3 Februari 2009.