Wednesday, April 6, 2011

4 Penjuru di Layar


oleh: Saleman Senin


BETONG. Pertembungan 4 penjuru berlaku di DUN N31 Layar pada pilihanraya negeri ke-10 yang diadakan pada 16 April. Persoalan terjawab apabila Encik Tedewin Ngumbang @ Kibak anak Datu yang mewakili parti Bebas telah tiba di pusat penamaan calon sekitar jam 8.30 pagi merupakan orang pertama yang sampai. Beliau yang dicadang oleh Martin Agus dan disokong oleh Gilbert Libu Richard Mambang. Calon kedua yang tiba di pusat penamaan calon iaitu Encik Stanny Embat Pharoh ak Laja daripada parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tiba kira-kira jam 8.50 pagi. Beliau yang turut dicadang oleh Abit anak Bedindang @ Edmund Abit dan disokong oleh Nicholas Apit anak Laja. Manakala calon ketiga yang datang ke pusat penamaan calon ialah Encik Joe Unggang yang tiba sekitar jam 8.50 pagi beriringan dengan PKR beliau mewakili parti SNAP yang turut dicadang oleh Dorise@ Brian Dorise ak Liben dan turut disokong olehReghinold Bandang anak Engkunya. Alfred Jabu anak Numpang yang merupakan penyandang kerusi DUN N31 Layar tiba sekitar jam 9.00 pagi yang turut diiringi oleh Datuk Hishamuddin Tun Hussein. Beliau telah dicadang oleh Kloni anak Kanang dan disokong oleh Tuan Haji Mohd Rajuna Omar. Proses penamaan calon berjalan dengan lancar. Tiada insiden yang tidak diingini berlaku cuma sedikit kekecohan apabila penyokong PKR bertindak aggressif apabila salah seorang ahli parti BN cuba mengambil gambar calon mereka ketika sampai di tempat penamaan calon telah ditolak oleh penyokong tersebut menyebabkan beliau terjatuh namun ianya tiada sebarang pertelingkahan dan dapat didamaikan. Sepanjang proses tersebut, Joe yang mewakili SNAP telah mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.02 pagi. Stanny pula calon PKR mengemukakan borang pada jam 9.10 pagi. seterusnya Tedewin dari Bebas mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.15 paggi dan yang terakhir mengemukakan borang pencalonan ialah Datuk Patinggi tan Sri Dr Alfred Jabu sekitar jam 9.20 pagi. Sehingga selesai majlis tersebut tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Tuesday, April 5, 2011

Tanah NCR akan sentiasa dipelihara - Jabu

RASMI...Jabu sedang memotong reben sebagai simbolik perasmian projek NAHRIM sambil disaksikan oleh Uggah ketika berlangsungnya program itu. Abang Hipeni JTS Betong

BETONG, Isnin (4 April) - Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan sentiasa mengiktiraf Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik penduduk berdasarkan undang-undang yang sedia ada pada masa sekarang. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Nampung berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH ) di Rumah Bayang anak Aji, Melabu Bair, Betong pada hari Sabtu lepas. Katanya kerajaan tidak pernah merampas tanah NCR milik penduduk sepertimana yang didakwa oleh mana-mana pihak berkepentingan terutama sekali oleh pihak pembangkang yang mahu meraih sokongan politik daripada mereka selama ini. “Kita sebaliknya mahu membantu penduduk Peribumi agar tanah NCR mereka dapat disukat dan diwartakan sebagai rizab gunasama bumiputera menerusi Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dibawah Inisiatif Baru NCR,” katanya. Bagi merelisasikan perkara ini, Kerajaan Persekutuan kata Jabu telah memperuntuk sejumlah RM80 juta bagi melaksanakan kerja pengukuran perimeter dalam seluruh negeri sehingga beberapa sesetengah kawasan telah pun siap bagi tujuan itu. “Justeru tiada ada asasnya jika ada pihak yang mengatakan kerajaan telah merampas tanah NCR milik rakyat,” katanya. Hadir sama ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas, ADUN Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, Ketua Pengarah NAHRIM, Haji Ahmad Jamalluddin Shaaban dan Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel. Terdahulu, Jabu telah merasmikan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) iaitu projek perintis NAHRIM Malaysia dalam usaha untuk membantu penghuni rumah panjang di Melabu Bair, Betong bagi menangani masalah bekalan air. Projek bekalan air yang menelan kos sebanyak RM265,000 ini telah bermula pada bulan Ogos tahun lepas dan dijangka siap sepenuhnya menjelang bulan Julai tahun ini.

Sumber : sriamannews

Monday, April 4, 2011

Hotel Medan Terbaru dan tercanggih di Betong mula beroperasi



PERTAMA DI BETONG!!! Hotel Medan Betong merupakan hotel bertaraf dua bintang yang pertama dan termoden di Bandar Betong pada masa sekarang. BETONG, Khamis (31 Mac) – Hotel bertaraf dua bintang yang pertama di Betong iaitu Hotel Medan telah mula beroperasi secara rasminya bertempat di Bandar Baru Betong pada 28 Mac lepas. Hotel setinggi lima tingkat itu merupakan kedua yang dibina bawah rangkaian Hotel Medan dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Hotel Li Hua Hotel dan Organisasi Hock Peng. “Hotel Medan Betong mempunyai 50 buah bilik dengan kadar bayaran sewa bermula dari RM55 (semalam) untuk deluxe single room dan kadar bayaran sewa bernilai RM280 (semalam) untuk Executive Suite. “Kita bercadang untuk menambah sebanyak 30 buah lagi bilik di masa akan datang. Justeru mereka yang berminat untuk menikmati pengalaman selesa di Hotel Medan Betong boleh menghubungi 083-471919 untuk tujuan tempahan mulai sekarang,” kata Pengurus cawangan Hock Peng Realty Betong, Chew Kuo Liang. Selain itu Hotel Medan Betong katanya merupakan hotel yang pertama kali direka khusus secara moden untuk mempunyai lift pengguna, sistem kad akses pintu, kamera litar tertutup, rangkaian WiFi, ASTRO, air panas dan sejuk serta sistem perlindungan kebakaran. Malahan hotel terbabit kata Chew juga mempunyai sistem genset sedia untuk menyalur bekalan elektrik bagi tujuan kegunaan penuh kemudahan hotal termasuk alat penyaman hawa dan pencahayaan. “Disamping ruang rekabentuk dalaman Hotel Medan Betong yang nyata mempersonakan tetamu, kesemua bilik dilengkapi dengan katil berkualiti tinggi, TV LCD 32 inci, ASTRO, set penghasilan kopi dan teh, set mandian bersih dan alat penyaman udara boleh kawal untuk semua pelanggannya,” menurut beliau. Beliau turut menambah bahawa Pusat Membeli-Belah dan Pasaraya Medan Betong setinggi tiga tingkat yang terletak di Hotel Medan Betong terbabit juga bakal beroperasi pada awal bulan April ini. Sambil dilengkapi dengan sistem penyaman udara dan lift tangga, Pusat Membeli-Belah dan Pasaraya Medan Betong bakal menyediakan keselesaan yang sewajarnya kepada penduduk di Betong sebaik sahaja ia beroperasi kelak. “Pembinaan Hotel Medan Betong ini dilihat sesuai dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk membangunkan Bahagian Betong dan industri pelancongan di sini pada masa akan datang,” katanya. Tamat.

Sumber :sriamannews

Bekas guru jadi calon BN di DUN Saribas


oleh: A. Reel Lee Ya


SARIBAS – Bekas guru, Ricky @ Razi bin Sitam yang telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional(BN) PBB di DUN N 30 Saribas bukanlah orang baru dalam arena politik. Malah beliau seorang yang sangat aktif memperjuangkan parti dan melaksanakan program-program belia dikawasan DUN Saribas. Beliau juga yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda PBB Saribas sangat rapat dan sering memantau masalah rakyat dikawasan terbabit. Kehadiran beliau sebelum ini dalam arena politik bukan sekadar pada dasar ketua pemuda malah, pengamal media juga sering mengikuti perkembangan pergerakan beliau yang banyak menggerakkan belia dikawasan beliau dan amat disenangi dikalangan penduduk sekitar. Dalam usia 38 tahun, Razi yang telah diberi peluang untuk mewakili BN menggantikan Dr Wahbi bin Junaidi yang tidak lagi bertanding dikatakan boleh menjadi pengganti yang paling sesuai menduduki kerusi DUN N30 Saribas jika beliau mampu menarik pengundi-pengundi dikawasan terbabit untuk bersama beliau meneruskan perjuangan Barisan Nasional. Katanya, beliau akan berusaha untuk membawa kemajuan dikawasan beliau seandainya diberi kepercayaan untuk mewakili rakyat dan bersuara di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Untuk merealisasikan harapan tersebut, beliau mengajak pengundi-pengundi untuk memikirkan realiti yang akan berlaku seandainya kawasan tersebut jatuh ke tangan pembangkang yang hanya mampu memutarbelitkan fakta. Jelasnya, pembangkang yang telah nyata tidak berpersefahaman diantara komponen-komponen gabungan mereka tidak layak untuk dijadikan ikutan kerana ianya akan menghancurkan dan memecah belah rakyat. Jika mereka(pembangkang) berkata berubahlah.. namun kita harus berfikirlah… sebelum memberi keputusan yang paling tepat. Katanya lagi, BN akan terus mengekalkan pemerintahan dan jika kita tewas disini apakah yang akan berlaku kepada kita? Pertembungan satu lawan satu dimana Razi yang akan ditentang oleh Setiausaha PKR Sarawak Abang Zulkifli bin Abang Engkeh yang mewakili PKR dilihat akan menjadi suatu yang menarik kerana Razi merupakan muka baru. Pada pilihanraya yang lepas tahun 2006 BN yang diwakili oleh Dr Wahbi bin Junaidi hanya menang dengan majoriti 94 undi menewaskan calon yang sama Abang Zulkifli.