Friday, June 19, 2009

Dayak mesti ingat BUDI, jangan terpedaya JANJI, Najib…




1Team... Tengah, Ugah, Najib dan Taib
Ingat BUDI yang telah dilaksanakan dan jangan percaya sangat kepada JANJI-JANJI kosong, itu amanat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kepada masyarakat Dayak
Rakyat katanya tidak perlu bimbang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memperuntukkan sebanyak RM75.13 juta bagi tujuan pelaksanaan pelbagai projek di kawasan DUN terbabit yang kini sedang dalam proses perlaksanaan.
Najib berkata is termasuk projek penurapan jalan raya Lubok Antu-Bulo sebanyak RM10 juta yang telah diluluskan perlaksanaannya sekarang manakala RM3 juta lagi (projek pembinaan jalan raya berturap) pula pada tahun depan.
“Kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar juga melaksana projek membaikpulih sejumlah 233 buah rumah panjang di daerah Lubok Antu dengan kos sebanyak RM3.4 juta.
“RM58 juta telah diperuntukkan untuk tujuan pembinaan kompleks Ibupejabat Polis Daerah Lubok Antu manakala RM1.83 juta pula adalah untuk tujuan pembinaan Kompleks Kuarantin Imigresen dan Kastam (CIQ) Lubok Antu, pejabat daerah Lubok Antu dan Engkilili,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Manai Jalak, Nanga San Panjai, Lubok Antu di sini hari ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kerajaan menurut Najib juga bakal melaksanakan dua projek pembinaan jalan raya yang menelan kos sebanyak RM60 juta di kawasan Batang Ai tanpa menyatakan secara spesifik kawasan jalan yang mahu dibina berkenaan.
“Kerajaan juga telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM630 juta bagi menjadikan kawasan Lubok Antu sebagai Zon Industri Agrikultur umpamanya dalam penternakan ikan.
“Jadi bagi menjamin pasaran untuk industri agrikultur di kawasan ini, kerajaan turut bercadang untuk membekalkan ikan-ikan ternakan air tawar tersebut ke sekolah-sekolah di seluruh negeri ini,” katanya.
Kerajaan menurut beliau juga akan memberi bantuan kepada 1,800 buah rumah panjang di seluruh negeri ini secara berperingkat-peringkat selepas ini.
“Selain datang ke sini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua, saya juga datang untuk memberikan jaminan bahawa kerajaan BN akan tetap menunaikan janji yang telah nyatakan kepada penduduk semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai yang lalu,” katanya.
Najib menegaskan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang niat untuk merampas tanah mana-mana pihak khususnya yang membabitkan masyarakat kaum Iban di negeri ini.
Menurut beliau tiada sebab bagi masyarakat kaum Iban di negeri ini untuk berasa bimbang dengan pemilikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka memandangkan kerajaan telah memberi jaminan berhubung perkara itu selama ini.
“Kerajaan sebaliknya mahu menjamin masa depan masyarakat kaum Iban di negeri ini dengan menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan isu tanah NCR milik mereka sebelumnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Manai Jalak, Nanga San Panjai, Lubok Antu di sini hari ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu beliau juga telah berbincang dengan Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mengenai hal kemajuan tanah yang akan dimajukan di bawah konsep model pembangunan bagi tujuan perolehan pendapatan tetap kepada masyarakat kaum Iban di negeri ini.
“Saya percaya model pembangunan ini akan menjamin masa depan masyarakat kaum Iban yang lebih baik asal sahaja mereka memberi kepercayaan dan keyakinan kepada kerajaan untuk terus membela untung nasib dan masa depan mereka,” katanya.
Najib turut melahirkan rasa gembira dan terharu apabila BN berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai menerusi pilihan raya kecil yang lalu menerusi tambahan majoriti yang begitu membanggakan.
Kemenangan BN di Batang Ai membuktikan bahawa masyarakat kaum Iban di sini masih menaruh keyakinan terhadap kerajaan dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan di kawasan berkenaan.
“Saya mengucapkan taniah kepada hero Batang Ai iaitu Malcom Mussen Lamoh yang telah menang pada pilihan raya kecil lalu dan jangan berasa bimbang kerana kita akan sentiasa berada di belakang beliau untuk memastikan kesinambungan projek pembangunan di kawasan ini.
“Anda (Malcom) telah buat keputusan yang tepat daripada kerjaya sebagai seorang kakitangan awam kepada seorang wakil rakyat yang dapat memberi khidmat kepada masyarakat di Batang Ai,” katanya.
sumber : sarawak update