Tuesday, November 10, 2009

Perpaduan ahli, mantapkan parti PBB, Uggah




Perpaduan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah amat penting bagi memastikan parti sentiasa kuat dan kukuh, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Dato Sri Douglas Uggah Embas.
Beliau yang juga Naib Kanan Presiden Parti berkata PBB adalah tunjang kepada kekuatan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sarawak, dengan itu parti perlu terus kuat dan relevan dalam memberikan khidmatnya kepada rakyat.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB N53 Kakus di Pejabat PBB Kakus, Tatau, Bintulu semalam.
Mesyuarat itu dihadiri oleh kira-kira 240 perwakilan yang didatangkan dari 10 Ranting PBB bagi Kawasan N53 Kakus, iaitu Ranting Sap, Kakus, Pekan Tatau, Tekalit, Ulu Anap, Tau, Nanga Muput, Ulu Arip, Bawang-Tau dan Kuala Arip.
Mesyuarat Perwakilan itu telah menyaksikan Dr Nuing ak Jeluing menang tanpa bertanding sebagai Ketua Cawangan Kakus yang baru mengantikan Dato Sri Douglas Uggah Embas yang kini adalah Ketua Cawangan PBB Engkilili, manakala Timbalan beliau juga muka baru iaitu Datu Adi Badiozaman Tuah yang juga menang tanpa bertanding.
Sayap pemuda PBB N53 Kakus masih mengekalkan Ambrose Jemut sebagai Ketua Pemuda dan sayap wanita pula mengekalkan Rohana Abdullah sebagai Ketua Wanita.
Pada mesyuarat ini PBB Cawangan Kakus sebulat suara mengemukakan usul supaya jawatan Presiden Parti, Timbalan Presiden, Naib Kanan Presiden dan Naib Presiden Parti tidak dipertandingkan pada Konvensyen PBB yang akan datang.
Pada majlis itu juga, Dato Sri Douglas Uggah telah menyampai peruntukan berjumlah RM48,000 bagi membersihkan sungai di Tatau dan Selangau, iaitu RM16, 000 bagi tujuh (7) rumah panjang di Sungai Arip, Selangau RM22,000 bagi 11 rumah panjang di Bawang, Selangau dan RM10,000 bagi 5 rumah pajang di Kakus, Tatau.

Sumber :sarawakupdate

Sunday, November 8, 2009

Penyokong muda Pas paling tadah

Laporan Mohd Azis Ngah, Mohd Anwar Patho Rohman dan Haspaizi Md Zainbminggu@bharian.com.my

70 peratus ahli mula pertikai kewibawaan kepemimpinan parti

KUALA LUMPUR: Sokongan golongan muda kepada Pas berpaling arah dengan mendadak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun lalu. Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata 70 peratus golongan muda yang percaya pentadbiran Pas sangat baik ketika PRU-12, kini berubah pantas.
Perubahan ketara berlaku di kalangan golongan muda berusia 21 hingga 30 tahun dan golongan pertengahan 31 hingga 40 tahun. Menurutnya, selepas PRU-12 juga kewibawaaan kepemimpin Pas dipersoalkan oleh rakyat, termasuk mereka yang sebelumnya menyokong parti itu. Dr Abu Hassan mendedahkan hasil kajiannya bertajuk "Kajian Mikro Kepercayaan Politik di Malaysia Dari Persepsi Pola Kepercayaan Untuk PRU ke 13 akan datang" pada Seminar Memperkasakan Parti di Markas Pas Taman Melewar, Gombak, dekat sini, semalam.
Kajian membabitkan 2,100 responden di negeri-negeri di utara dan Pantai Timur, tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Hasil kajian juga mendapati golongan muda cuma mengenali lima pemimpin Pas iaitu, Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden), Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (Bekas Menteri Besar Perak), Mohamad Sabu dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah). Beliau menjelaskan, sepanjang tempoh selepas PRU 12, keberkesanan politik dan pentadbiran pucuk pimpinan Pas mula tidak mendapat kepercayaan rakyat, Pas juga gagal menonjolkan pemimpin muda parti itu. "Strategi politik menghadapi PRU ke-13 sangat lemah. Keberkesanan kempen dalam PRU lalu kini mula dipersoalkan dan golongan yang menentang meningkat 400 peratus,"
Abu Hassan berkata, kepercayaan mikro kepada Pas serta kebijaksanaan pentadbiran kini merudum. Sehubungan itu, beliau berkata, kepercayaan itu akan berubah 100 peratus menjelang PRU 13. "Sokongan media alternatif termasuk penulis blog, jurnal amat mengejutkan kerana laporan negatif meningkat 213 peratus berbanding sebelum PRU 12. Mereka mula beralih arah atau berada di atas pagar," katanya. Beliau berkata, antara isu negatif yang sering diutarakan ialah masalah kepemimpinan, ideologi, jentera, individu dan manifesto. Mengenai persoalan adakah Pas perlu bersetuju mengenai cadangan mewujudkan satu parti gabungan Pakatan Rakyat, kajian menunjukkan 288 responden cuma bersetuju Pas kekal sebagai ahli bersekutu. "Mereka percaya Pas mampu berdiri sendiri dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat cuma sebagai ahli bersekutu, tak boleh lebih daripada itu," katanya.
sumber :berita harian

Friday, November 6, 2009

Lawatan YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu & YB Dato Sri Douglas Uggah ke SK Ng Spak pada 4 Oktober 2008

Para ketua serta wakil ketua jabatan bergambar kenang-kenangan bersama VVP.
YB Datuk Patinggi & YB Dato Sri Douglas Uggah sedang menilik peta sambil diperhatikan oleh Tn Residen Betong serta ketua-ketua jabatan yang lain.


Tuan Jalai telah berkesempatan mewakili Jurutera Bahagian untuk menghadiri majlis rasmi di Sk Nanga Spak, Layar, Betong pada 4 Oktober 2009. VVIP yang hadir pada masa itu ialah YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu & YB Datuk Sri Douglas Uggah Embas. Turut hadir ialah YBhg Datu Romie Sigan Daniel - Tn Residen Bhg Betong, En Friday Belik - Pegawai Daerah Betong, En Wilson Entebang - Pen Pengarah Pertanian Bhg Betong, Pn Peggy - Superitenden Jbtn Tanah & Survei Bhg Betong serta ketua-ketua jabatan lain.Pada majlis tersebut, YB Datuk Patinggi & Datuk Sri telah sempat melepaskan beberapa ekor anak ikan eksotik ke air Sungai Spak sebagai satu usaha untuk mengembalikan sumber protein kepada penduduk setempat dan sebagai program pemuliharaan alam sekitar, khasnya sungai.
Tuan Jalai telah berkesempatan mewakili Jurutera Bahagian untuk menghadiri majlis rasmi di Sk Nanga Spak, Layar, Betong pada 4 Oktober 2009. VVIP yang hadir pada masa itu ialah YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu & YB Datuk Sri Douglas Uggah Embas. Turut hadir ialah YBhg Datu Romie Sigan Daniel - Tn Residen Bhg Betong, En Friday Belik - Pegawai Daerah Betong, En Wilson Entebang - Pen Pengarah Pertanian Bhg Betong, Pn Peggy - Superitenden Jbtn Tanah & Survei Bhg Betong serta ketua-ketua jabatan lain.Pada majlis tersebut, YB Datuk Patinggi & Datuk Sri telah sempat melepaskan beberapa ekor anak ikan eksotik ke air Sungai Spak sebagai satu usaha untuk mengembalikan sumber protein kepada penduduk setempat dan sebagai program pemuliharaan alam sekitar, khasnya sungai.
sumber :tuanjalai

Jabu: Persatuan Tuai Rumah mesti ingat pesan PM


YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Anak Numpang sedang menyampaikan Anugerah Pelajar Cenerlang 2009.

Permintaan kenaikan elaun Tuai Rumah atau Ketua Kampung perlu dirujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri bagi tujuan tindakan lanjut. “Bayaran elaun itu untuk membolehkan mereka menjalankan tugas sebagai Ketua Kampung atau Tuai Rumah,” kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Augustine Betong di sini hari ini.
Selain itu Jabu juga mahu Persatuan Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili bersabar menunggu maklumbalas lanjut daripada pihak kerajaan berhubung perkara kenaikan bayaran elaun terhadap mereka selepas ini.
Katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin ada menegur Ceupacs kerana meminta mendapatkan bonus pada masa kerajaan sedang bergelut untuk keluar dari kemelesatan ekonomi sekarang.
“Justeru saya berharap agar persatuan terbabit dapat mendengar nasihat Perdana Menteri kita berhubung hal itu selepas ini,” katanya.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel, Pegawai Daerah Betong, Friday Belik dan Pengetua SMK Saint Augustine Betong, Paul Langgang.
Seramai 88 orang pelajar Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 SMK Saint Augustine Betong menerima sijil dan hadiah menerusi majlis berkenaan.Terdahulu Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili, Kanselor Tuai Rumah Roy Edward Entalai sebelum ini telah merayu pihak Kerajaan Negeri untuk menaikkan bayaran elaun Tuai Rumah atau Ketua Kampung yang sedia ada sekarang untuk mengelakkan mereka dikategorikan sebagai golongan Miskin Tegar selepas ini.

Sumber : Sarawakupdate

Thursday, November 5, 2009

Kerajaan kaji bonus kakitangan awam


KSN bincang dengan Cuepacs untuk tindakan lanjutKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedang berbincang dengan Cuepacs mengenai tuntutan bayaran bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini.Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan sedang dalam perundingan mengenai perkara itu."Tunggulah...KSN tengah berbincang dengan Cuepacs," katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di di Batu 2 1/2 Jalan Cheras kira-kira setengah jam, di sini, semalam.Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman percaya kerajaan akan memberi keputusan positif mengenai bonus atau wang sagu hati kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam untuk tahun ini.Beliau berkata, Cuepacs berharap bonus kali ini dibayar sebelum Aidilfitri.Katanya, pihaknya sudah menghantar surat mengenai tuntutan bonus itu baru-baru ini kepada Najib untuk mendapatkan pertimbangan sewajarnya."Kita belum mendapat reaksi balas mengenai perkara itu tetapi Cuepacs berharap kerajaan tidak mengecewakan harapan 1.2 juta kakitangan awam terutama bagi mereka yang berada dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua yang amat mengharapkan sedikit sumbangan untuk persediaan menyambut Aidilfitri."Cuepacs tidak memaksa...terserah kepada kerajaan berapa jumlah sanggup dibayar (bonus atau sagu hari). Yang penting kita (kakitangan awam) dapat menikmatinya dan kalau dibayar sebelum raya lagi bagus," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Tahun lalu, setiap kakitangan kerajaan menerima bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000.Omar berkata, Majlis Tertinggi Cuepacs akan bermesyuarat Selasa ini bagi membincangkan lebih lanjut mengenai permintaan bonus atau sagu hati tahun ini.
Posted by Civil Servant

Sunday, November 1, 2009

Projek bernilai RM600,000 di perkampungan Iban, Serudit

News

Kerajaan Barisan Nasional (BN) membelanjakan sebanyak RM590,500 untuk membangunkan kawasan rumah panjang Tr Mara, Serudit B dan Jeffery Bangai, Serudit A supaya mereka menikmati kehidupan yang lebih selesa selepas ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Dato Sri Douglas Ugah anak Embas berkata, peruntukan itu termasuklah projek pembekalan air bersih, membaiki pulih rumah panjang dan membina sistem perparitan di dua buah rumah panjang terbabit.
“Peruntukan bernilai RM60,000 bagi membina parit di rumah panjang itu sudah diluluskan dan tambahan RM100,000 lagi akan disalurkan pada tahun depan.
“Selain itu kerajaan juga telah memperuntukan sejumlah RM400,000 bagi membekalkan air bersih yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan RM10,500 untuk membaikpulih kedua-dua rumah panjang tersebut,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sijil JKKK dan Perasmian Biro Wanita Rumah Panjang Tr Mara, Serudit B, Betong, kelmarin.
Selain itu Uggah menerusi majlis itu juga turut memperuntukan sejumlah RM20,000 untuk membina gelanggang sepaktakraw dan gelanggang Badminton untuk golongan belia dari dua rumah panjang berkenaan.
“Walaupun rumah panjang Serudit terbahagi kepada dua iaitu A dan B tetapi saya menganggap ia adalah 1 Serudit. Justeru kedua-dua rumah panjang ini menerima peruntukan yang sama rata daripada kerajaan,” menurut beliau.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, Residen Betong, Romie Sigan Daniel, Pegawai Daerah Betong, Friday Belik dan para pegawai kerajaan.

Thursday, October 29, 2009

Jabu akan siasat secara terperinci isu pelajar


DP Alfred Jabu

Pelajar dinafikan hak sambung pelajaran akan disiasat terperinci, janji Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.
Katanya beliau akan meneliti secara terperinci terlebih dahulu kes seorang pelajar perempuan dari Sri Aman yang tidak dapat menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi pada tahun ini.
Terdahulu pelajar aliran sains dari SMK Simanggang iaitu Marina anak Unau, 18, yang memperoleh keputusan 9A 1B menerusi ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 iaitu gagal menyambung pelajaran ke peringkat matrikulasi kerana dianggap Bukan Bumiputera berdasarkan kepada tarif perkara 161A (6) (b) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa jika bapa dan ibu adalah seorang pribumi Sarawak maka anaknya adalah seorang Bumiputera.
Marina adalah anak kedua hasil perkongsian hidup antara Unau anak Liap (bapa) yang berketurunan kaum Iban dan ibunya , Wong Pick Sing berketurunan kaum Cina. Isu mengenai masalah tersebut telah pun disiarkan di akhbar tempatan berbahasa Melayu dan Inggeris pada hari ini.
“Saya harus meneliti terlebih dahulu perkara ini dan akan cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada pelajar itu sendiri (Marina) untuk mendapatkan kisah sebenarnya mengenai masalah berkenaan.
“Selepas kajian terperinci mengenai masalah ini dibuat maka barulah kita akan menentukan sama ada perkara ini harus dibawa ke peringkat yang lebih tinggi atau tidak,” katanya.
Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika ditemui pemberita sebaik sahaja selesai mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pembangunan Bahagian (DDC) Bahagian Betong bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Residen Betong di sini hari ini.
Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa akan melakukan usaha yang terbaik bagi menyelesaikan isu berkaitan dengan permasalahan pelajar SMK Simanggang terbabit selepas ini.
Marina, gadis kacukan Iban dan Cina kini menyambung pelajarannya ke Tingkatan 6, SMK Simanggang setelah gagal menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi pada tahun ini. Beliau mempunyai seorang kakak iaitu Christina yang kini merupakan pelajar Tahun 2 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Sementara itu tarif Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan bagi Semenanjung Malaysia menyatakan bahawa “Jika salah seorang ibu atau bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam / Orang Asli sepertimana yang ditakrifkan dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan: maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.
Manakala itu bagi Sabah ; jika bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/ Peribumi Sabah seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161A (6)(a) Perlembagaan Persekutuan: maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.