Tuesday, February 5, 2013

PBB akan menampilkan seorang lagi calon wanita



KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) akan menampilkan seorang muka baharu daripada calon wanita untuk satu daripada 14 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 

(PRU13).


Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Presiden PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional (BN) Sarawak di Dewan Undangan Negeri lama di sini semalam.
Pertambahan seorang lagi calon wanita yang akan bertanding atas tiket PBB pada PRU13 sekali gus menambahkan lagi kuota yang di-peruntukkan untuk wanita kepada empat kerusi berbanding tiga pada pilihan raya sebelum ini.
Taib yang ditemui selepas majlis pelancaran itu semalam bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai calon muka baharu wanita berkenaan sehingga pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Tidak perlu untuk saya umumkan calon tersebut. Perdana Menteri akan umumkan dan ia mungkin ti-dak lama lagi dalam dua atau tiga minggu lagi,” katanya ringkas.
PBB ketika ini mempunyai tiga penyandang kerusi Parlimen wanita iaitu Nancy Shukri di Batang Sadong, Datuk Rohani Abdul Karim (Batang Lupar) dan Datuk Norah Abdul Rahman (Tanjung Manis).
Calon muka baharu yang diuar-uarkan akan bertanding di Parlimen Kota Samarahan ialah Pegawai Daerah Asajaya Rubiah Wang yang akan menggantikan penyandangnya Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib.
Terdahulu dalam ucapannya, Taib yang juga pengerusi BN Negeri dan Ketua Menteri terharu dengan soko-ngan yang ditunjukkan oleh jentera wanita kepada pimpinan beliau yang disifatkannya menjamin kemena-ngan BN pada PRU13.
“Wanita adalah kekuatan parti… apa sahaja kegiatan kita wanita me-nyambut dengan cukup baik dan saya yakin wanita akan membantu kita memenangi dua pertiga daripada 31 Parlimen Sarawak yang akan di-pertandingkan kelak,” katanya.
Mengimbas kembali sejarah per-gerakan wanita di negeri ini, ia me-nurut Taib telah bermula sebelum kewujudan parti politik di mana wanita telah tampil ke hadapan untuk memprotes agar Sarawak tidak dijadikan koloni pada 1946.
“Ramai orang tidak tahu sejarah ini tetapi kita mahu memberi satu rakaman dalam sejarah kita bahawa daripada permulaannya, wanitalah yang sama-sama tampil ke hadapan dalam apa-apa sahaja pergerakan dan juga perjuangan yang penting untuk Sarawak.
“Parti politik dimulakan dalam tahun 1959-1960, dan wanita memainkan peranan yang cukup aktif kerana mereka mempunyai satu komitmen tidak mahu ketinggalan dalam apa sahaja perjuangan yang penting bagi negara kita ini,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Taib turut mengingatkan ahli-ahli parti supaya berani menghadapi mana-mana pihak dengan kebenaran kerana kebenaran adalah kekuatan terbesar BN untuk menentang propaganda pihak lawan.
“Pembangkang tidak boleh melawan kita dengan kebenaran. Mereka hanya pandai bercakap bohong dan mengada-adakan cerita yang tidak benar.
“Kita BN adalah pembangun kepada negeri dan negara ini. Setiap kemajuan yang dikecapi hari ini berasaskan kepada kebenaran perjua-ngan kita dan beranilah menghadap mana-mana pihak dengan kebenaran,” tegasnya.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Alfred Jabu, Setia-usaha Agung BN Negeri Datuk Stephen Rundi Utom, Pengerusi Wanita BN Pusat Datuk Seri Sha-rizat Abdul Jalil dan Timbalan Ketua Wanita PBB Datuk Fatimah Abdullah serta ketua-ketua wanita parti komponen BN.

Sumber : Borneo Post

Print Friendly



Sunday, September 9, 2012

KEMAS dsaran pelbagai program

by Kelvin Lambai. Posted on September 9, 2012, Sunday

RASMI: Uggah (tengah) dan Frida (empat kanan), Friday (dua kiri) serta tetamu jemputan memotong pulut kuning sebagai tanda perasmian tersebut.

BETONG: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) disaran agar terus mempelbagaikan program dan aktiviti dalam usaha memupukkan kesejahteraan rakyat.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas berkata, minda rakyat perlu digerakkan agar mereka seiring dengan transformasi pembangunan kerajaan dari semasa ke semasa.
“Justeru, kerjasama KEMAS dan pelbagai agensi kerajaan harus dipupuk dan bersepadu agar setiap matlamat tersebut tercapai,” ujarnya.
Uggah yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri Bersama Kakitangan KEMAS Betong di Dewan Santapan Rumah Rehat Kerajaan Betong, kelmarin.
Uggah berkata, beliau amat berpuas hati dengan komitmen serta pelbagai program yang dianjurkan oleh KEMAS khususnya di Parlimen Betong sambil berharap program-program murni tersebut diteruskan dari semasa ke semasa.
“Kami wakil rakyat di sini akan terus membantu dan menyokong setiap program KEMAS,” katanya.
“Kita mahu melihat transformasi kerajaan untuk membawa pembangunan yang lebih baik mendapat kerjasama daripada semua agensi. Kita juga berharap KEMAS sentiasa di hadapan untuk menyampaikan setiap dasar murni kerajaan ke peringkat akar umbi,” katanya.
Di samping itu, Uggah menyifatkan penganjuran program ramah-tamah ini sebagai pengukuh silaturahim di mana semua kaum boleh meraikannya dan dapat memupuk semangat perpaduan di antara anggota KEMAS.
Menurut Uggah lagi, kerajaan akan terus memperkasakan pelbagai program dalam usaha memupuk perpaduan dan kesejahteraan rakyat agar nasib mereka terus terbela.
Dalam pada itu, majlis berkenaan dimeriahkan dengan persembahan lagu-lagu raya daripada anggota KEMAS dan pencalonan pakaian tercantik dan unik.
Turut hadir ialah Pegawai KEMAS Daerah Betong Frida Suntik, Pegawai Daerah Betong,Friday Belik serta ketua-ketua jabatan kerajaan.
Print Friendly

Monday, July 2, 2012

Semua ADUN di Parlimen Betong Sokong Uggah



Monday, 2 July 2012







by Affendi Mohd Yusof

BETONG :- Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah Parlimen Betong sebulat suara mahu Dato Sri Douglas Uggah Embas untuk mempertahankan kerusi Parlimen Betong dalam Pilihanraya Umum ke-13 kelak.

"Tiada nama lain kita letakkan di kawasan ini selain daripada Dato Sri Douglas Uggah Embas yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Betong yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar", kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dalam majlis penyerahan komputer riba 1Malaysia di Dewan Panglima Rentap, di sini hari ini.

Datuk Patinggi Alfred Jabu merupakan ADUN Layar manakala Robert Lawson Chuat yang merupakan Menteri Muda Kebajikan adalah ADUN Bukit Saban. Seorang lagi ADUN ialah Mohd Razi Sitam untuk kawasan DUN Saribas.

Menurut beliau, Dato Sri Douglas Uggah merupakan seorang pemimpin berkaliber, disenangi rakyat dan mendapat sokongan padu akar umbi sekaligus wajar diberikan kepercayaan sekali lagi untuk mempertahankan kerusi Parlimen Betong.

"Dalam setiap pilihanraya, jumlah undi yang diterima Dato Sri Douglas Uggah sentiasa meningkat dan ini membuktikan bahawa beliau diterima dengan baik oleh rakyat di Betong", katanya.

Mengenai Radio Free Sarawak pula, Datuk Patinggi Jabu menasihatkan rakyat supaya berwaspada dengan pentadbir radio tersebut kerana taktik yang digunakan hampir sama dengan taktik dan propaganda komunis ketika negara di bawah ancaman pengganas itu awal merdeka.

Nasihat yang sama turut disampaikan oleh Dato Sri Douglas Uggah yang menyatakan mereka yang terlibat dalam Radio Free Sarawak sebagai pengecut kerana tiada akauntabiliti. 

"Tidak seperti media arus perdana kita yang menyalurkan berita dan maklumat yang tepat, tidak mengelirukan rakyat dan yang paling penting ada akauntabiliti", katanya sambil menambah media arus perdana sedia bertanggungjawab atas apa yang disiarkan.

Sejumlah 1,550 buah komputer riba diserahkan kepada PIBG dan NGO sekitar Betong.

Monday, May 7, 2012

Kerajaan Rancang, Rakyat Jayakan - Uggah






oleh : Hazemi Hj Entek
Debak : Kerajaan mahu persatuan dan pertubuhan-pertubuhan supaya bersatu dan saling bekerjasama antara satu dengan yang lain dalam usaha memupukan semangat muhibbah. 


Hanya melalui perpaduan serta kerjsama itu dapat menjayakan segala perancangan yang hendak dilaksanakan demi untuk mencapai kemajuan pembangunan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Dato Sri Douglas Uggah Embas.
 


Menurutnya, dalam usaha kita untuk mencapai kejayaan pembangunan yang lebih baik, kita perlu bersatu padu dan saling bersikap toleransi tanpa mengira peringkat umur. 



Kerajaan jelasnya, dari masa ke semasa merancang pelbagai program untuk dinikmati oleh rakyat agar mereka dapat hidup dalam aman dan sejahtera sambil menambah membuka banyak peluang pekerjaan untuk diisi.


Justeru itu, katanya lagi dalam usaha untuk mendapatkan peluang-peluang tersebut, rakyat seharusnya menggunakan pelbagai alternatif rangkaian laman sosial melalui internet disamping media-media massa seperti surat khabar. 'Kita perlu mempunyai fikiran yang terbuka dan perlu celik IT, ujarnya.
 


Katanya lagi, dunia hari ini semakin canggih dan amat memerlukan seseorang itu mahir dalam ilmu ICT. Untuk itu, dalam usaha merebut peluang tersebut, minda rakyat serta pemikiran mereka perlu berubah selaras dengan kehendak semasa.



Uggah dalam pada itu juga berkata, walaupun dunia sekarang ini begitu canggih, beliau berharap tidak ada anak-anak muda atau pengguna internet tidak menyalah gunakan setiap laman sosial seperti facebook, twiter dan sebagainya untuk kegiatan yang kurang berfaedah. 



Sebaliknya kemudahan tersebut digunakan untuk kerja-kerja yang memberi keuntungan disamping dapat menambah sumber pendapatan penggunanya, katanya.
 


Dalam pada itu juga, Uggah berkata rakyat seharusnya mensyukuri segala nikmat yang diperolehi hasil dari kepimpinan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. Rakyat harus mengekalkan perpaduan kaum dan saling mengamalkan semangat 1 Malaysia dalam usaha mengekalkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara.



Terdahulu, Uggah menyampaikan dua cek masing-masingnya berjumlah RM 10 ribu dan RM 400 ribu untuk jawatankuasa Gereja.
 

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah isteri Uggah, ADUN N32 Bukit Saban Robert Lawson Chuat, Setiausaha Politik Dr Richard Rapu, SAO Debak Dr James Luing, pengerusi penganjur LR. Tuai Rumah Edmund Ngumbang serta ketua-ketua jabatan kerajaan.
 


16 Keluarga Rumah Nyalu, Bangkit Rembai Akan Nikmati Bekalan Elektrik









oleh Hazemi Hj Entek

Spaoh : Kerajaan akan mempastikan agar rakyat di luar bandar dapat menikmati pembangunan yang sempurna.
Rakyat seharusnya tidak berfikiran negatif sehingga terpengaruh dengan sebarang dakyah pihak tertentu kononnya kerajaan mengabaikan nasib rakyat.

"Kerajaan sebenarnya telah lama merancang sesuatu projek untuk kepentingan rakyat", ujarnya.
Lambat atau cepatnya sesuatu projek itu bergantung kepada peruntukan, kata Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia, Dato Sri Douglas Uggah Embas ketika di temui koresponden Sarawak Update dalam  ke Rumah Nyalu, Bangkit Rembai hari ini.


Uggah yang juga Ahli Parlimen Betong berkata, projek bekalan elektrik akan dinikmati oleh penduduk di rumah panjang ini sebelum Gawai Dayak yang akan datang.
Sebanyak enam belas keluarga akan menikmati pembangunan bekalan tersebut.

Dalam pada itu, ketika ditemubual, Tuai Rumah Nyalu berkata, kami amat berterimaksih kepada pihak kerajaan khususnya Barisan Nasional (BN) kerana memberi projek tersebut yang selama ini dinanti-nantikan.

"Mudah-mudahan sebelum Gawai ini rumah kami akan terang benderang seperti orang-orang lain," ujarnya.

Sebelum ini Rumah Panjang ini terpaksa menggunakan pelita minyak tanah dan generator sebagai alternatif menerangi rumah mereka.

Uggah berharap agar rakyat akan terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) agar agenda politik pembangunan dapat diteruskan dengan jaya.

Terdahulu, Uggah serta rombongan telah mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua ranting PBB Kampung Spaoh bertempat di Bilik Gerakan GDW Kampung tersebut.
Pelbagai perkara telah di perbincangkan termasuk tumpuan kearah pembangunan Kampung Spaoh.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Menteri Muda Kebajikan merangkap ADUN N32 Bukit Saban En Robert Lawson Chuat, Setiausaha Politik Dr Richard Rapu, Setiausaha Sulit En James Digat serta Pegawai JASA Bahagian Betong En Tony Malang.

Monday, April 23, 2012

Terokai Pertanian Moden, Uggah









oleh Affendi Mohd Yusof

Masyarakat tani tradisional dan sara diri di Betong disarankan supaya meneroka pertanian moden berskala lebih besar yang memerlukan komitmen tinggi.

Berucap di majlis penyerahan bantuan pertanian kepada 40 orang penerima yang berjumlah RM200,000 ahli parlimen Betong, Dato Sri Douglas Uggah Embas berkata permintaan untuk hasil pertanian di pasaran tempatan sangat besar dan sentiasa bertambah.

Uggah berkata industry penternakan kambing dan lembu adalah dua bidang yang berpotensi besar untuk diceburi kerana ia mempunyai potensi yang sangat baik.

Namun begitu, beliau menegaskan bidang penternakan memerlukan komitmen yang serius serta disiplin yang tinggi kerana projek-projek terdahulu yang dibantu kerajaan gagal membuahkan hasil akibat sikap sambil lewa peserta.

“Ada yang menggunakan duit untuk pagar membeli motosikal dan ada juga yang menyembelih lembu baka kononnya ia terlalu ganas,” tegur Uggah, membuatkan hadirin yang hadir ketawa, sambil mengingatkan bahawa petani Cina menternak sehingga 10,000 ekor khinzir seorang sedangkan masyarakat desa masih terkial-kial memelihara 10 hingga 20 ekor ternakan.

Uggah berkata selain daging dan hasil tenusu, najis ternakan seperti kambing dan lembu juga boleh dijual menjadi baja organik.

“Masyarakat Bandar kini mulai sedar tentang bahaya racun dan baja kimia, maka permintaan untuk baja organik semakin meningkat,” katanya.

Uggah yang juga merupakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata percubaan beliau menanam tomato secara fertigasi di rumahnya berjaya menghasilkan buah berjumlah 200 kilogram.

“Cara moden begini perlu diterokai petani tempatan kerana ia menjana hasil yang lumayan tanpa memerlukan kawasan yang luas, pihak berwajib perlu membimbing petani di desa tentang inisiatif moden begini,” ujar beliau.

Uggah berkata pertanian moden yang lebih produktif perlu diperkenalkan secara meluas di kalangan pertanian tempatan.

“Kita perlu ubah cara bertani untuk meningkatkan hasil dan seterusnya menambah pendapatan rakyat. Selaku pemimpin adalah menjadi tanggungjawab kami memikirkan bagaimana untuk membantu rakyat memperolehi pendapatan yang lebih baik untuk mencapai kesenangan,” katanya.


Wednesday, March 28, 2012

Rural Catch Up Plan Successful, Taib




Pictorials by Hazemi Hj Entek and Affendi Mohd Yusof

Rural Sarawak populace income would be bigger than their urban counterparts once the younger generation successfully adapt to the knowledge-based economy that require skills and sophisticatedequipment.

Chief Minister Pehin Seri Abdul Taib Mahmud stressed that the younger generation must see Internet beyond fun, and must start asking themselves what they want to do in live now. 

"They must think and must not decide on their career until they knew how much are they going to get, what will they earned because the economy based on knowledge require skills and knowledge," he stressed, in his keynote address at Betong Division 10th Celebration in Dewan Tan Sri Kalong Ningkan, Betong today.

Taib said big scale economy is steadily taking shape in Sarawak with the influx of international investment, and factories with build up areas more than 1 kilometer long are currently built in Mukah and Samalaju.

"Painting jobs for these buildings alone would need generate millions (for the business-minded rural populace)," he said, adding that Sarawak are currently short of labour with technical knowledge to meet the big industries demand.

Taib said Sarawak is placing highest priority to technical knowledge to realise our pursuit of industrialisation, and training would be given to the rural populace to make sure they particpate and play bigger role in the Sarawak economy.

It is an open secret that rural areas are very rich in resources and raw materials, but many factors like communication and transportation are hampering earlier plan to develop the hinterlands.

Taib said he introduced The Catch Back Plan to mengepong the more advance area and make our rural populace equally competitive and ready for the modernisation challenge.

"The traditional rural economy will no longer be able to meet the demands of the younger generation who have higher expectations in life, if you have rubber trees you will end up not having people to tap them,"he jokingly said.

Earlier, Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu in his welcoming speech said Betong aimed to have 50,000 population in the next 10 to 15 years from its current 12,000, thus requiring greater social facilities.

"130 acres of land within 5 kilometer radius from Betong town centre to be developed into Family Park and recreation," he said.

Jabu said Betong have witnessed development by leap and bound over the past 10 years, from a small district in the rural area into a modern divisional administrative centre with many high performance secondary schools, community college, skills centre and polytechnic.

"An economic seminar was held yesterday and the resolution made would be submitted to the Chief Minister," he said, adding that the brainstorming session was lead by Minister Of Natural Resources and Environment, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, whom is Betong MP.

Jabu said Betong Division Economic Report 2011 to be submitted to Chief Minister clearly reflect the achievement of government development transformation programmes implemented for the benefit of Rakyat until December 2011.

Betong, he added also subscribe to the importance of producing special niche food product where Premium Grade Beras Bajong has been registered as Intellectual Property under GIS, mechanised farming has been introduced into Lubok Nibong Rice Growing Area.

On plantation industry, Jabu said in the next three years three oil palm mills would be built by the private sectors to cater for the steadily growing sector, while a Rubber Processing Factory at Debak undertaken by China company employs 85% local. 

Not forgetting the less fortunate Jabu said poverty eradication programme are being carried out to cover Engkilili, Lubok Antu, Betong, Saratok, Julau and Pakan Districts where high yielding rubber would be used as main crop.

Jabu support and welcome Bumiputera Trust Fund (TEGAS) that were aimed at providing training for skilled workforce in technical subjects at certificate and Diploma levels.

"We hoped TEGAS can be collaborated with our existing facilities in Betong such as vocational school, technical school, MRSM, Gitmara, community college and Metro Polytechnic," he stressed.